BAB 16
Majlis pertunangan Isha dan Harraz berlangsung dengan cukup
meriah. Walaupun cuma majlis pertunangan, orang tua Isha mahupun orang tua Harraz mahu meraikan majlis
pertunangan anak mereka dengan cukup meriah.
Dimeriahkan lagi dengan jemputan
keluarga dan sahabat terdekat. Meskipun tidak besar majlisnya dan hanya di buat
di rumah tetapi mampu membuatkan mereka berpuas hati dengan suasana gembira dan
ceria.
Harraz juga turut menghadirkan diri. Teman-teman Harraz dan
Isha begitu teruja apabila mengetahu bahawa mereka akan mengikat tali
pertunangan.
Keluarga Harraz seolah-olah tidak sabar untuk menyambut ahli
baru dalam keluarga mereka. Tambah-tambah lagi Tasha, adik Harraz. Melekat di
tepi Isha sedari tadi. Wajahnya yang terpancar riak kegembiraan menunjukkan
bahawa Tasha tidak sabar untuk menerima kakak ipar.
Sepanjang majlis berlangsung Isha dan Harraz sentiasa
mempamerkan senyuman yang manis. Mereka sudah pun mengikat tali pertunangan.
Harraz tidak bimbang lagi dengan Isha yang mungkin akan dikebas orang kerana
dia sudah mempunyai ikatan dengan Isha.
Pada malam itu Harraz duduk bersendirian di biliknya. Betapa
gembiranya dia sudah menjadi tunangan kepada gadis yang cintainya Daiyana
Darwisya. Tersenyum-senyum dia mengimbas kembali detik perkenalan mereka.
Harraz membaringkan tubuhnya perlahan-lahan sebelum telefon
bimbitnya diambil. Kelihatan wajah Isha yang tersenyum manis berdiri di sebelah
dia. Harraz tersengih-sengih. Tidak sabar rasanya hendak menjadi seorang suami
kepada Isha dan tinggal sebumbung dengan gadis kesayangannya.
Nombor telefon Isha didail. Rindu untuk mendengar suara
lunak merdu gadis itu walaupun mereka baru berjumpa di majlis tadi.
“Assalamualaikum” kedengaran suara merdu milik Isha dihujung
talian.
“Walaikumussalam sayang” balas Harraz sambil tersenyum. Mana
mungkin Isha boleh nampak senyumannya itu. Terasa di awang-awangan pula bila
bersayang-sayang.
“Sayang?”soal Isha.
“Ye sayang. Isha lah sayang tu. Tak boleh Harraz panggil
Isha sayang” tanya Harraz. Manalah tau
Isha tidak suka.
“Ohhh..ikut suka Harraz lah”balas Isha. Sejujurnya dia suka
apabila Harraz membahasakan dirinya sayang. Malulah dia kalau dia jujur.
“Maknanya Isha suka lah ni kan” usik Harraz. Dia yakin pipi
Isha pasti sudah merah disebabkan malu.
“Apa Harraz ni…Ikut suka Harrazlah nak panggil Isha apa.”
Harraz ketawa. Gembiranyaaaa…
“Betul ni, boleh panggil apa sahaja” soal Harraz mahukan
kepastian.
“Betullah. But apa Isha nak tipu. Bukannya dapat apa pun”
“Okay, kalau macam tu panggil Harraz abang boleh. Praktis
lah dulu boleh kan sayang” begitu teruja
Harraz mahu Isha memanggilnya abang.
“Apa dia” terkejut Isha mendengar permintaan Harraz.
“Ye sayang. Panggil Harraz abang boleh. Please..” Harraz
terasa macam nak hentak kepalanya di meja. Macam manalah dia boleh jadi
ngada-ngada macam ni.
“Tunggu bila dah kahwin tak boleh ke”duga Isha. Malulah
kalau Harraz tahu bahawa dia pun sebenarnya ingin membahasakan Harraz abang.
Biarlah dia main tarik tali dulu.
“Alaa..bolehlah sayang..Please”Harraz sudah merayu-rayu.
Isha tersengih-sengih mendengar panggilan sayang. Walaupun
Harraz tidak berada di hadapannya, namun susah untuk dia menepis rasa malu.
“Kalau Isha tak nak panggil abang Isha boleh panggil Bie ke”
ujar Harraz lagi.
Alahai..mengada-ngada betullah Harraz ni. Isha tersenyum
bahagia. Rasa kekoklah pula hendak memanggil Harraz dengan panggilan istimewa
tambah-tambah lagi nak panggil Bie.
“Hurmm..Isha panggil abang lah, boleh?” Isha memutuskan.
“Yeayy..okay sayang, anything for you”
Aduhhh..kenapalah Harraz ni sweet sangat. Rasanya tak sabar
nak hidup bersama dengan Harraz.
“Sayang tengah buat apa tadi” soal Harraz.
“Abang rasa Isha tengah buat apa eh” soal Isha pula. Sengaja
bermain teka-teki dengan Harraz.
“Ermm..Isha tengah teringatkan abang kan” teka Harraz. Isha
ketawa.
“Pandainya abang teka. Memang Isha tengah teringatkan
abang.”
“Dah pukul berapa ni kenapa tak tidur lagi” tanya Harraz.
“Nak tidur dah tadi. Lepas tu abang call. Kacau daun betul”
usik Isha.
“Amboi..dan-dan abang kacau eh. Okaylah pergi tidur.”
“Okay abang..Assalamualaikum.. Isha tidur dulu tau.Good
night. Sweet dream”
“Waalaikumussalam..Good night sayang. Sweet dream too”
Masing-masing tersenyum sendiri. Berdebar menantikan
detik-detik bahagia mereka walaupun lama lagi mereka akan berkahwin.
BAB 17
Hubungan
Isha dan Harraz semakin rapat apa lagi usia pertunangan mereka sudah setahun
berlalu. Kini Isha berada di semester lima manakala Harraz sudah melanjutkan
pelajarannya ke peringkat yang lebih tinggi. Walaupun Harraz mendapat tawaran
untuk menyambung pengajiannya di luar negara tetapi dia menolak dengan alasan
di Malaysia juga dia dapat menyambung pengajiannya.
Isha duduk bersendirian di restoran
menunggu Fira yang berlalu ke tandas. Dia mengambil tempat yang sedikit
tersorok daripada pandangan. Isha memerhati orang yang lalu lalang di hadapan
restoran tersebut. Telefon bimbit diambil untuk melihat kalau-kalau ada
panggilan ataupun mesej daripada Harraz.
Sudah dua
hari Harraz tidak menghubunginya. Sibuk ke dia…
“Hoi..apa yang dibeleknya.” Fira menepuk
kuat bahu Isha.
“Sakitlah
mangkuk. Ingat bahu aku apa. Kalau patah macam mana” marah Isha yang terkejut
dengan tepukan Fira.
“Eleh..sebab
aku tahu tak patahlah aku berani tepuk kuat bahu kau”balas Fira selamba. Isha
menjeling ke arah temannya.
“Kau nak
pesan apa ni” Fira membelek-belek menu dihdapannya.
“Pesan apa”soal Isha blurrr..
“Laa..kalau
kita dah datang nak makan kit orderlah apa yang kita nak kan. Tu lah aku tanya
kau nak makan dan minum apa”
“Eh..sorry-sorry. Blur kejap” Isha tersengih.
“Sorry ye
dik. Akak ni pening-pening lalat agaknya” kata Fira kepada pekerja yang setia
menunggu di tepi meja mereka.
Isha memilih nasi ayam Hainan, lime mint
supreme untuk minuman dan tambahan makanan iaitu pai tee manakala Fira pula
memilih nasi ayam, fresh lime untuk minuman dan crispy wanton sebagai makanan
tambahan.
“Kau kenapa
ni Isha” soal Fira sambil merenung wahaj Isha. Dia melihat sedari tadi Isha
ralit memegang telefon bimbitnya. Sekejap-sekejap Isha akan melihat telefon
bimbitnya.
Cuti pada
hujung minggu itu Fira balik ke rumah Isha. Fira memang sudah terbiasa dengan
keluarga Isha dari dulu jadi tidaklah dia kekok untuk pulang ke situ
memandangkan keluarganya pulang ke kampung untuk menziarahi rumah dan kubur
nenek dan atuknya di Kedah.
“Mana ada
apa. Kau ni je yang piker bukan-bukan.”balas Isha.
“Kalau kau
ada masalah cerita jelah kat aku. Kita keluar ni untuk release tension tapi
bila dah tengok muka cemberut kau ni bertambah tension aku jadinya” Fira
mengusik sahabatnya.
“Bukan
masalah apa pun. Harraz tak mesej aku. Call pun tak. Dah lima hari ni”
Fia
tersenyum. “Rindu tunanglah ni” dia memandang wajah Isha yang masam mencuka.
“Siapa yang
tak rindu tunang sendiri. Kau lainlah. Aku ni dah lah jarang jumpa dia. Tu pun
kalau dia balik Kuala Lumpur.”
Fira
tersengih malu. Betullah kata Isha. Dia dapat juga berjumpa dengan Zariff kerana tunangnya
menyambung pelajaran di Shah Alam. Bahkan boleh dikatakan mereka kerap
berjumpa. Lama sikit tak jumpa mulalah dia berasa rindu. Harraz dan Fira telah
mengikat pertunangan tiga bulan yang lepas. Fira mengerti perasaan rindu Isha.
“Bila
Harraz balik” soal Fira.
“Tak
tahulah. Dia tak cakap bila nak balik.”
“Dahlah tu,
maybe tunang kau tu sibuk dengan assignment semua. Tak sempat nak hubungi
kau”pujuk Fira.
Gadis yang
mengambil pesanan tadi menghampiri meja mereka. Menghantar minuman terlebih
dahulu. Makanan yang dipesan dihantar selepas beberapa minit kemudian. Isha dan
Fira, masing-masing tidak menunggu masa yang lama untuk menyuap makanan mereka.
Makanan yang kelihatan berasap membuatkan perut menjerit sudah minta diisi.
“Kenapa aku
rasa nasi ayam hainan aku ni sedap daripada biasa”komen Isha sebaik sahaja dia
menghabiskan sepinggan nasi ayam hainan. Pinggan yang kosong dia tolak ketepi
sebelum mengambil pinggan yang berisi pai tee.
“Mak
aii..licin pinggan kau. Aku ingat aku seorang sahaja yang kuat makan tapi kau
pun sama” peril Fira.
Isha tidak
mempedulikan Fira. Dia sibuk menyuap pai tee ke dalam mulut.
“Aku
laparlah Fira. Ni yang aku makan banyak. Nah rasalah pai tee ni”pelawa Isha.
“Sorry..aku
tak minat pai tee. Nah rasa aku punya wantan pulak. Kalau aku makan seorang tak
habis ni” Fira menyerahkan beberapa wantan kepada Isha.
Isha
tersengih mendapat makanan daripada Fira. Hari ni dia merasa sangat lapar.
Setelah menghabiskan makanan kepunyaannya dia terus menyuap wantan yang diberikan
oleh Fira ke dalam mulut. Fira terkejut melihat Isha makan. Licin habis
sedangkan dia masih tidak makan wantan miliknya.
“Woi..kau ni
lapar sangat ke. Berapa hari tak makan”soal Fira.
“Lapar lah
dua hari tak makan nasi tu yang aku kelaparan ni” Isha tergelak. Dia melihat
pinggan yang kosong. Memang licin habis.
Sedang
mereka berbual-bual, mata Isha menangkap kelibat orang yang dia sangat kenali
masuk ke dalam restoran itu. Isha merenung pasangan itu. Ya dia yakin. Isha
tergamam melihat Harraz dan Melissa yang duduk
bersebelahan pintu masuk. Isha memerhatikan mereka berdua. Kenapa perlu
duduk di situ. Kalau mereka berdua keluar pasti Harraz akan melihat dia. Dia
tak nak Harraz tahu bahawa dia ada disitu. Dia ingin melihat sejauh mana
perbuatan Harraz.
Fira yang
melihat wajah pelik Isha turut mengalihkan pandangan ke arah tempat yang dilihat Isha.
“Eh Isha. Tu
Harraz kan. Bila dia balik dari Penang.Tapi dia dengan…” Soal Fira. Dia juga
terkejut melihat Melissa turut ada di situ.
“Diamlah.
Suara kau tu boleh kuat lagi agaknya.”marah Isha. Tak pasal karang ada yang
perasan.
“Ye,
sorry-sorry” balas Fira. Sedar kesilapan dia yang terkuat suara. Nasib tak ada
yang dengar.
Hailahhh…hati Isha sekarang ni rasa panas
je. Melissa memegang tangan Harraz yang berada di atas tangan. Isha yang tunang
Harraz pun tidak pernah memegang tangan itu. Isha terkejut. Matanya bertembung
dengan mata milik Melissa. Melissa melemparkan senyuman sinis kepadanya.
Isha tetap
memerhatikan mereka berdua. Bermacam-macam persoalan dibenaknya. Bila Harraz
balik dari Penang? Sebelum ni Harraz tidak lupa hendak memberitahunya jika dia
ingin balik ke sini. Kenapa Harraz ada dengan Melissa? Apa sebab dia pulang ke
sini.? Kenapa tidak hubungi dia?
Isha
semakin panas apabila melihat Harraz tidak mengelak dari pegangan Melissa.
Wajah Harraz menunduk. Isha sudah tidak tahan lagi. Dia menyuruh Fira membayar
terlebih dahulu. Isha pantas berjalan mahu keluar dari situ.
“Cepatlah
sikit”ujar Isha. Dia menarik tangan Fira.
“Sabarlah”
Gara-gara
mahu cepat Isha tak sedar ada pekerja yang membawa pinggan mangkuk yang kotor.
Habis berterabur di atas lantai apabila dia terlanggar pekerja itu. Isha tunduk
meminta maaf. Semua mata memandang ke arahnya. Harraz juga terkejut melihat
Isha di situ.
Isha
menjeling tajam Harraz dan Melissa sebelum keluar dari situ. Dia meninggalkan
Fira di belakang.
“Isha
tunggulah dulu. Ishh budak ni” marah Fira geram bila melihat Isha menonong
keluar dari situ.
“Apa ni
pegang-pegang. Haram tahu tak” tegur Fira kepada Harraz dan Melissa.
Harraz baru
tersedar apabila melihat tangannya yang dipegang erat oleh Melissa. Baru dia
tahu kenapa Isha menjeling kepadanya. Dia yakin Isha marahkannya. Harraz
melepaskan pegangan Melissa. Dia ingin mengejar Isha kerana dia pasti Isha
salah faham.
“You nak
pergi mana ni. Nak tinggal I seorang kat sini” marah Melissa.
“I nak
kejar Isha lah. Dia salah faham dengan I”
“Dia tu
siapa hah, biarlah dia nak salah faham ke apa ke”balas Melissa geram.
“Dia tu
siapa You tanya I? Dia tu tunang I. You lupa ke”marah Harraz pula.
“Habis I ni siapa pula” Melissa bertanya
kepada Harraz yang berkira-kira hendak beredar dari situ.
“You tu cuma
sepupu I. Kita tak ada hubungan istimewa pun. Tolong sedar sikit”
“Tapi I
cintakan You Harraz. Tak boleh ke You faham”rayu Melissa. Dia menarik tangan
Harraz.
“I tak
boleh cintakan You sebab I cintakan Isha. You faham ke tak. Dari dulu I
tegaskan I cintakan Isha. Hanya Isha seorang. Faham tak”bentak Harraz. Dia
meninggalkan Melissa keseorangan di situ dan berlari mencari Isha.
Berkali-kali nombor Isha di dail. Tidak berangkat. Nombor Fira di dail
pula. Hanya itu jalan satu-satunya untuk mengetahui keadaan Isha.
“Nak
apa”tanpa salam Fira terus menembak Harraz dengan soalan.
“Korang kat
mana. Isha mana?”
“Dalam teksi
nak balik rumah. Kenapanya? Isha ada ni kat sebelah” acuh tak acuh Fira menjawab
pertanyaan Harraz.
“Saya nak
cakap dengan dia” pinta Harraz.
“Isha tak
naklah.”
“Sekejap
je. Tolonglah”ujar Harraz. Dia tak mahu Isha salah faham.
Harraz
mendengar suara Fira yang memujuk Isha untuk bercakap dengannya. Suara Isha
tidak kedengaran sama sekali.
“Saya dah
pujuk dia. Dia tak nak cakap dengan awak”
“Tak apalah
kalau macam tu. Nanti saya cuba hubungi dia lagi” Harraz pasrah. Tahu Isha
sedang marah.
BAB 18
Sepanjang perjalanan pulang ke
rumah Isha hanya mendiamkan diri. Apa yang diperkatakan oleh Fira langsung
tidak didengari. Sebaik sampai ke rumah,
Isha berlari laju menuju ke biliknya. Teguran Darwisy juga tidak dipedulikan.
“Kenapa
dengan Isha” soal Darwisy kepada Fira sebaik sahaja Fira melangkah masuk ke
dalam rumah. Pelik melihat tingkah Isha.
“Masa pergi
makan tadi Isha salah faham dengan Harraz agaknya.”
“Bukan
Harraz ada di Penang ke?”
“Tu lah abang Wish, kita orang terserempak
dengan Harraz tadi tu yang jadi macam tu” beritahu Fira.
“Isha pun
tak tahu ke?”
Fira
menggeleng. “Tak apalah kalau macam tu. Tolong tengokkan Isha, abang nak keluar
jumpa kawan.”
“Okay..jumpa
girlfriend eh” soal Fira sambil kening dijungkitkan. Sengaja mengusik.
“Kalau
betul pun kenapa”kata Darwisy membalas usikan Fira. Dia sudah menganggap Fira
sebagai adiknya sendiri.
Darwisy
tersengih sambil berlalu keluar menuju ke keretanya.
Di dalam
bilik pula, melontarkan tubuhnya di atas katil. Mukanya disembamkan di bantal
tidur. Ditumbuk-tumbuk bantal tidurnya. Seolah membayangkan muka Harraz yang
ditumbuknya.
“Sudah-sudahlah tu Isha. Yang kau tumbuk bantal tu kenapa. Bntal tu tak
bersalah pun.”
“Arghhhh
geramlah aku” bentak Isha.
“Yang kau
tak nak cakap dengan Harraz tu kenapa. Berapa kali dia telefon kau. Kenapa tak
nak angkat.”
“Dalam
situasi macam ni kau nak aku angkat call daripada dia. Cuma bayangkan orang
lain pegang tangan Zariff apa kau rasa.” Soal Isha sambil melemparkan pandangan
sinis.
“Kalau aku, aku akan dengar dulu alasan
apa yang dia bagi. Bukan bertindak terburu-buru. Isha terdiam.
“Boleh
percaya ke?”
“Aku
nak tanya kau sepanjang korang kenal ni pernah tak Harraz tipu kau?”Isha
menggeleng.
“Hah..habis tu. Cuma dengar dulu
penjelasan Harraz. Merayu-rayu dia nak cakap dengan kau tadi masa dia telefon
aku. Lagipun kau nampak sendiri kan masa Melissa pegang tangan Harraz, Harraz
nampak sedih kan. Kau tak nak cuba faham dia ke. Mana tau dia tengah ada
masalah ke.”
“Habis tu
kau nak aku buat apa” soal Isha.
Fira
mengetuk kepala Isha. “Kau ni kan. Tak nampak berapa banyak missed call
daripada Harraz yang tak berjawab ni. Lepas ni kalau Harraz call ke mesej layankan je. Jangan
senyap je. Kalau aku tahu kau tak jawab siap kau.”
“Tak
payahlah ketuk-ketuk kepala aku.” Isha menggosok kepalannya. Sakit.
“Memang
sengaja aku ketuk. Biar sedar sikit.”Fira tergelak.
“Ingat apa
aku cakap.”Fira berlalu pergi dari bilik Isha. Tengok tv lah tu.
One more part :)
No comments:
Post a Comment
- Assalamualaikum...sila tinggalkan komen.
-Kalau suka like or share ok :)
-Segala teguran akan diterima
-Segala comment akan dibalas kalau ada kelapangan..
TERIMA KASIH..Jangan lupa singgah sini lagi ye :D