Saturday 30 April 2016

CERPEN SERIES : MUZIK CINTA (2)



BAB 7

          Harraz termenung sendirian di dalam biliknya. Kebelakangan ini dia sentiasa teringatkan Isha. Isha yang baik, Isha yang comel, Isha yang kuat membebel, Isha yang suka ketawa dan Isha yang manis bila tersenyum. Walaupun tidak mengenakan sebarang alat make up mampu membuatkan Isha kelihatan comel. Asyik  terbayangkan wajah manis Isha sehingga tidak sedar dia tersenyum sendiri.
          ‘Aku dah jatuh cinta? Normallah tu kan. Hahaha.’ Harraz tersengih-sengih sehingga tidak sedar seseorang yang berada di dalam biliknya.
          “Berangan” Bahu Harraz di tepuk kuat ingin mengejutkan lelaki itu daripda berangannya.
          “Apa ni masuk bilik orang tak ketuk pintu tak bagi salam”marah Harraz terhadap adiknya Tasha yang sedang enak berbaring atas katilnya.
          “Jangan nak marah-marah eh. Tasha punyalah sakit tangan ketuk pintu bilik abang bagi salam pun abang tak dengar sekarang nak salahkan orang. Yelah orang tu tengah berangan tersengih-sengih macam kerang busuk”tempelak Tasha.
          “Kenapa masuk bilik abang ni” ujar Harraz menutup rasa malu terkantoi dengan adik sendiri. Dia bangun untuk menutup pintu balkoni di biliknya.
          “Saja je tak boleh ke. Ni abang ni kenapa tersengih-sengih”tanya Tasha.
          “Mana ada. Saja-saja sengih”Harraz masih berselindung.
          “Mana ada orang sengih saja-saja. Kalau ada pun orang tak siuman. Abang tak siuman ke”
          “Sibuklah Tasha ni” Harraz membaling bantal kepada adiknya.
          “Dahlah abang jangan nak selindung dengan Tasha. Macam Tasha tak tahu apa yang abang fikirkan”
          “Apa yang Tasha tahu” tanya Harraz. Tasha tersenyum. Mungkinkah Tasha tahu tentang perasaannya.
          “Abang dah jatuh cinta kan kan kan…”Tasha tergelak-gelak melihat wajah terkejut Harraz.
          “Mana Tasha tau”
          “Betullah kan..abang jatuh cinta dengan kak Isha kan. Sebab tu abang tersengih-sengih masa Tasha masuk tadi” Tengok…adiknya yang berusia 20 tahun pun dapat mengagak perasaannya terhadap Isha.
          “Betullah tu tapi abang tak tahu apa perasaan Isha pada abang”
          “Isha abang ni. Habis tu abang tak tanya kak Isha ke? Apa perasaan dia pada abang? Manalah tahu kan, dia pun sebenarnya dah jatuh cinta dengan abang”
          “Abang tak berani lah nak bagi tahu Isha. Buatnya dia tolak abang macam mana.”Dari duduk Harraz sudah berulang-alik di hadapan Tasha. Pening dibuatnya melihat Harraz yang tak tentu arah.
          “Abang ni tu pun tak berani. Jangan terlambat sudah. Nanti menyesal. Ke nak Tasha bagi tahu mama”ugut Tasha.
          “Tasha jangan berani bagi tahu mama dan papa. Kalau sampai diorang tahu siaplah Tasha abang kerjakan” marah Harraz terhadap adiknya.
           Tasha buat tidak tahu dengan ugutan abangnya. Cakap  je lebih macam itu dari dulu tapi sampai sekarang Harraz tak pernah buat apa-apa pun kalau dia bocorkan rahsia Harraz pada mama dan papa mereka.
          “Do I care. Dah Tasha nak masuk bilik.”menonong Tasha keluar dari bilik Harraz meninggalkan lelaki itu terkulat-kulat seorang.
           Dalam hati dia gelakkan abangnya yang baru pertama kali jatuh cinta…


BAB 8

          “Hai..jom kita semua makan sama nak” Fira mempelawa Zariff dan Harraz makan bersamanya dan Isha.
          “Aah..jomlah Raz makan dengan Fira dan Isha sekali.” Ajak Zariff pula.
          “Its okay. Aku dah janji dengan Melissa nak makan sama.”
Isha perasan mata Harraz yang memandang ke arahnya. Senyum yang dihulurkan tidak berbalas. Isha sedar kebelakangan ini Harraz sering menghindar darinya. 
           Kalau dahulu mustahil kalalu mereka tak berbalas mesej tetapi sekarang apabila ditelefon tidak diangkat. Mesej tak berbalas. Cukup Isha terasa hati dengan Harraz. Kalau ada salahnya yang dilakukan tanpa sedar tak boleh ke Harraz memberitahunya. Janganlah senyap macam ni.
          “Tak apalah. Aku pergi dulu. Have a nice lunch Riff dan Fira”Harraz meminta izin selepas bersalaman dengan Zariff dan berbalas senyum dengan Fira. Isha dibuatnya seperti tidak wujud di situ.
           Harraz berjalan bersama-sama dengan Melissa sambil bergelak ketawa. Apa yang lucunya pun tak tahulah. Isha melihat Melissa memeluk lengan Harraz dan Harraz hanya membiarkannya.
          “Kenapa dengan Harraz tu. Kau ada masalah dengan dia ke” soal Fira. Isha hanya menggeleng kepala tanda tidak tahu.
          “Tiba-tiba kata nak makan dengan Melissa. Tak pernah-pernah dia sebut nama Melisa. Pantang kalau Meliassa kacau dia mulalah dia naik angin. Tapi sekarang dah janji nak makan dengan Melissa pula.” Ujar Fira.
          “Betullah tu saya pun baru perasaan dengan sikap Harraz. Pelik betul kebelakangan ni. Bila sebut pasal awak dan ada terselit nama Isha pasti dia suruh saya senyap.
           Isha hanya mendiamkan diri. Macam tu sekali Harraz pinggirkan dirinya. Bukan sahaja di depannya malah di belakangnya juga Harraz tak mahu mendengar namanya. Dia melihat Harraz yang berlalu pergi bersama dengan Melissa menuju ke arah kafeteria.
           Perubahan sikap Harraz menjadi tanda tanya kepada Isha dan Fira dan terutamanya mestilah Isha sebab sebelum ini Isha merasakan hubungan dia dengan Harraz baik sahaja tak ada salah faham sama sekali.
          “Sudahlah tu. Biarlah dia nak dengar ke tak nama saya. Kita orang bukan ada apa-apa pun. Jangan beratkan kepala otak korang berdua nak fikir pasal masalah aku dengan Harraz. Kalau dah macam tu gaya dia saya pun boleh. Kalau dia dah tak nak kawan aku, aku seribu kali tak nak kawan dengan dia”ujar Isha tegas. 
           Tapi dalam hati dia tidak ingin berkata seperti itu.  Entah mengapa dia cemburu apabila melihat Harraz bersama Melissa yang sedang bergelak ketawa.Fira dan Zariff terdiam mendengar apa yang diperkatakan oleh Isha.
           “Jom kita makan hari ni aku belanja korang lepas tu aku nak balik rumah. Abang aku ambil aku kejap lagi. Kelas dia pun dah habis tu nak pergi jumpa pensyarah yang handle untuk persembahan malam esok” ujar Isha tanpa selindung.
           “Eh kejap-kejap. Isha ada abang kat sini? Kenapa saya tak tahu pun. Siapa abang awak Isha? Dan lagi satu maksud awak persembahan malam esok?”soal Zariff bertalu-talu.
          “Hah” aduh macam mana boleh terlepas cakap aku ada abang kat sini.
          “Isha”panggil Fira.
          “Okay macam ni. Banyak sangat soalannya. Memanglah saya saya abang kat sini. Untuk esok abang saya dan peserta-peserta lain akan buat persembahan termasuklah saya. Nak tahu siapa abang saya tunggu jelah esok” ujar Isha masih menyembunyikan identiti abangnya.
           Zariff ingin menanyakan lagi soalan kepada Isha tetapi dia sudah mendapat amaran daripada Fira untuk mendiamkan diri. Zariff masih tertanya-tanya siapakah abang Isha.


BAB 9

           Majlis makan malam tahunan kali ini berlangsung di Renaissance Hotel, Ampang. Kebanyakkan pelajar datang bersama dengan pasangan masing-masing. Kekasih zaman belajarlah katakan. Isha, Fira dan Zariff duduk di tempat yang disediakan.                  Satu meja bulat mampu menempatkan sepuluh orang pelajar.
Harraz yang berganding dengan Melissa juga duduk di meja yang sama dengan Isha. Manakala yang lain Katrina dan Fisha juga datang bersama dengan pasangan masing-masing. 
           Pandangan sinis yang dilemparkan oleh The Ladies hanya mampu membuatkan Isha berdiam diri. Dia sedih apabila Harraz langsung tidak mahu memandang ke arahnya. Sudah benci benar ke lelaki itu terhadapnya.
           “Cantiknya baju you Melissa”ujar Fisha dengan suara yang kuat. Isha buat tidak tahu dengan apa yang diperkatakan. Dia ralit memandang persembahan di atas pentas.
           “Mestilah. Mahal tau baju ni. I beli dengan Harraz”jawab Melissa sambil memaut lengan Harraz. Dia pasti mereka sengaja berbahas pasal pakaian di situ. Maklumlah dia cuma memakai baju kurung moden yang bercorak biasa. Sedangkan orang lain memakai dress yang cantik.
           Harraz? Biarlah. Isha sudah malas ambil tahu pasal lelaki itu. Dia juga membuat Harraz dan The Ladies seperti tidak wujud di situ. Ralit berborak dengan Isha dan Fira.
           Isha perlahan-lahan mengajak Fira ke belakang pentas. Hampir tiba masa untuk dia membuat persembahan. Mereka yang berbual sambil menghayati persembahan yang dilakukan sama sekali tidak menyedari bahawa Isha dan Fira tiada di tempatnya.
          “Abang, Isha takutlah nak buat persembahan. Tak payahlah eh. Tak jadi. Takutlah”Isha memohon abangnya supaya dia tidak ikut serta membuat persembahan.
          “No way, Isha dah janji dengan abang kan. Tak boleh ingkar” Isha kecewa sebab tidak dapat memujuk abangnya.
          “Ishaaaa. Ya Allah..lawanya kau. Aku tak pernah tengok kau macam ni”ujar Fira teruja.
           Isha telah menukar baju kurungnya kepada dress labuh berwarna putih yang sarat dengan manik-manik halus di bahagian lengan dress itu. Rambutnya yang panjang dilepaskan dan diletakkan head chain di atas kepalanya. Isha juga memakai sedikit make up bagi memantapkan lagi rupa fizikalnya.
          “Kau ni Fira, ada-ada saje..biasa je ni” jawab Isha malu-malu.
          “Ni kalau orang tengok mesti terpukau dengan kecantikan kau tambah-tambah Melissa and The Geng” kata Fira sambil tersengih-sengih.
          “Isha get ready”ujar Darwisy.
          “Abang, how do I look?”tanya Isha kepada Darwisy sebelum mereka ingin menuju ke pentas. Isha berpuas hati apabila Darwisy menunjukkan tanda thumbs-up.
          “How about me?” soal Darwisy pula sambil menggayakan pakaiannya di hadapan Isha. Isha tergelak melihat gaya Darwisy.
          “Abang sentiasa handsome”balas Isha. Fira tersenyum melihat gelagat Isha dan Darwisy. 

bersambung

Thursday 28 April 2016

CERPEN SERIES : MUZIK CINTA (1)


BAB 1

          “Kau menangis ke Isha” tanya Fira prihatin. Dia duduk di sebelah Isha sambil mengusap bahu temannya.
          “Aku rindu dia lah Fira” ujar Isha.
          “Sabarlah. Dia bukan pergi mana pun. Nanti balik juga. Di rumah pun boleh jumpa kan”pujuk Fira. Bukannya dia tidak tahu betapa rindunya Isha terhadap lelaki yang bernama Darwisy itu.
          “Bila dia balik nanti kan kalau aku nampak dia kat kolej ni aku nak peluk-peluk dia tau”ujar Isha lagi.
          “Ishhh..merepeklah kau ni. Peluk dekat rumah sudahlah. Kau nak orang tahu hubungan korang ke”soal Fira.
          “Lah..kenapa pulak. Tak salah pun kan?” Soalan Fira dibalas soalan juga.
          “Kau kan tak nak orang tahu hubungan kau dengan Darwisy. Nanti kalau kau pergi peluk di Darwisy tu apa orang lain ingat. Nak-nak ‘The Ladies’ tu tahu”. Fira mengingatkan Isha tentang perihal itu.
          “Macam mana aku boleh lupa eh” Isha menggaru kepalanya yang tidak gatal.
          “Dah sudah. Simpan rindu kau tu. Siap cepat. Pukul berapa dah ni. Nak pergi kelas” ujar Fira sambil mempersiapkan diri untuk ke kelas.
           Isha pantas bangun dari katil. Almari dibuka lantas baju diambil. Isha mengenakan sepasang baju kurung kain kapas warna kegemarannya iaitu ungu. Dia mengemaskan rambut panjangnya yang ditocang dihadapan cermin yang terlekat di sebalik pintu almari. Sedikit bedak talkum bayi kegemarannya dituang ke tapak tangan dan lalu di sapu ke wajahnya. Lip balm berona pink lembut dicalit sedikit ke bibir supaya tampak segar. Isha tidak memerlukan make up yang tebal kerana memiliki kulit yang putih kemerahan cukup sekadar di menyapu bedak di wajah dan memakai lip balm di bibir.
           Isha dan Fira bergerak menuju ke kelas mereka. Memandangkan banyak lagi masa sebelum kelas mereka bermula Isha dan Fira mengambil keputusan untuk sarapan terlebih dahulu di kafe. Isha mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket begnya apabila terasa ada gegaran. Mesej dari abangnya dibaca sambi tersenyum. Jemarinya pantas membalas mesej dari abang tersayang. Isha leka membalas mesej abangnya sehingga tidak sedar ada seseorang di hadapannya.
          “Makkk..”Isha terkejut. Terlepas telefon bimbit ditangannya.
          “Oit budak, kau buta ke apa”suara seorang perempuan menegur Isha. Riak wajahnya jelas menunjukkan bahawa dia sedang marah. Isha terdiam. Dia memandang lelaki yang berdiri di sebelah perempuan tadi. Ya Allah..sungguh indah ciptaan-Mu. Dia terpanar sebentar.
           “Hoi..”marah perempuan itu tadi.
           “Isha..”tegur Fira apabila melihat temannya hanya berdiam diri. Dia pantas mengutip telefon bimbit Isha yang sudah jatuh ke lantai.
           “Ah..ye saya. Kenapa?”soal Isha sambil menunduk. Segan di pandang oleh lelaki tadi.
           “Kau ni buta ke. Tak nampak orang yang lalu kat sini. Leka sangat main phone. Kau nampak tak apa yang kau dah buat”
           “Lis, sudahlah tu. Sikit je ni. Jangan besarkan masalah”sampuk lelaki kacak tadi.
           “Ya Allah..maaf..saya tak sengaja”Isha membuang pandang terhadap lelaki tadi. Baru dia perasan akibat pelanggaran tadi minuman lelaki tersebut telah tumpah dan terkena pakaiannya.
           “Tapi Raz tengoklah ni. Habis baju you kotor”ujar Lis atau nama sebenarnya Melissa. Geng the ladies.
            “Yang kotor baju I bukan baju you. So ni masalah I bukan masalah you”balas lelaki bernama Raz itu tadi.
            “Maaf awak. Saya tak sengaja”ujar Isha. Dia memohon maaf atas kesilapannya. Fira hanya mampu memerhati sahaja. Memang salah temannya yang leka sangat main phone.
            “Its okay. Saya tak kisah”balas Raz sambil tersenyum manis.
            “Hah..tak kisah? Baju awak kotor dah tu”soal Isha pelik. Baju kotor perlulah kisah. Tambah-tambah baju yang dipakainya pula.
            “Saya tak kisah kalau awak yang kotorkan”ujarnya. Lucu melihat wajah pelik Isha. Melissa di sebelah dia tidak pedulikan.
            “Laa yeke..Kalau macam tu next time saya akan kotorkan lagi” Usik Isha sambil tersenyum. Melissa mencebik.
           “My pleasure”ujar Raz membalas senyuman Isha. Fira disebelah sudah memandang pelik ke arah mereka berdua. Dia mencuit bahu temannya.
            “Eh okaylah. Saya dah lambat nak kelas. Jumpa lagi.” Isha menarik tangan Fira beredar dari situ.
            ‘Tak makanlah aku macam ni’ujar Fira dalam hati. Memandangkan masa pun tak banyak untuk ke kelas.
            “Nanti aku belanja kau okay” Ujar Isha dapat meneka apa di dalam fikiran Fira.
             “Okay.”Fira tersenyum. Isha tahu apa yang ada di fikirannya.
             “Weyh siapa lelaki tadi. Kenapa tak pernah nampak dia sebelum ni” soal Isha.
             “Entah. Budak baru mungkin. Tak pun senior kita. Manalah tau. Hah kau siap main mata lagi dengan dia” ujar Fira. Bukan dia tidak nampak Isha seakan-akan terpaku dengan lelaki yang bernama Raz tadi.
             “Handsome sungguh dia Fira. Suara dia kan perghh macho habis”
              “Hah..sudah-sudah tu. Ingat sikit dia dah ada makwe.”kata Fira.
              “Yelah-yelah aku ingat”balas Isha sambil tersengih.


BAB 2

            Isha bersendirian di dalam bilik muzik itu. Inilah saatnya untuk dia melepaskan rindu bila sudah lama tidak melarikan jari-jemarinya di atas piano itu. Dia mengunci pintu masuk untuk mengelakkan orang lain masuk ke dalam bilik tersebut. Kunci di tangan di simpan di dalam beg.
            Isha mula menyentuh piano seawal usianya lima tahun. Mama dan papa telah menghantar Isha dan Darwisy ke kelas muzik. Datin Dahlia dan Dato Rizal mahukan anak-anaknya pandai bermain alat muzik dan disebabkan itu pada usia muda mereka telah di hantar ke kelas muzik. Apabila meningkat dewasa Isha dan Darwisy walaubagaimanapun masing-masing hebat bermain alat muzik yang lain seperti gitar dan viola.
            Isha memainkan beberapa lagu yang menjadi kegemarannya. Lagu biasanya datang dari hati, tak perlukan not yang tertentu untuk diingati. Dia puas dapat memainkan piano itu. Sejak masuk ke kolej ini susah untuk dia melakukan hobinya. Dia hanya mampu menulis lirik tanpa bermain piano. Untuk lagu yang terakhir Isha memainkan lagu yang direka sendiri. Disaat dia terleka bermain piano kedengaran pintu di ketuk dan digoncang dengan kuat. Serta merta dia berhenti. Isha mengemaskan barangan dan di masukkan ke dalam beg galasnya.
              Dengan perlahan-lahan dia membuka pintu bahagian belakang untuk keluar dari situ. Hanya dia yang selalu menggunakan pintu itu. Kacau mood dia sungguh. Siapalah yang nak masuk bilik tadi. Setahunya petang-petang begini ramai pelajar sudah pulang. Dia curi-curi masuk pun sebab untuk hilangkan perasaan rindunya untuk bermain piano. Kalau tak disebabkan orang yang mengacaunya tadi dia sudah sempat merekodkan instrumental yang dimainkan tadi untuk ditunjukkan kepada abang tersayang.


BAB 3

            Harraz mengeluh. Pintu yang diketuk masih tidak dibuka. Di saat dia lalu dihadapan bilik muzik itu tadi dia terdengar alunan piano yang cukup merdu. Instrumental yang lembut sehingga mendapat tempat dihatinya. Dia mengambil keputusan untuk melihat siapakah gerangan yang sedang bermain piano dia dalam bilik itu. 
             Tetapi malangnya pintu yang berkunci  itmemaksa dia menggoyangkan pintu dan mengetuk pintu itu berkali-kali.
Hampir dua puluh minit dia menunggu di hadapan pintu bilik muzik dengan harapan bahawa gerangan yang berada di dalam bilik membuka pintu itu. Harraz yakin pintu itu tidak akan di buk lagi lalu dia mengambil keputusan untuk beredar dari situ.
          “Harraz”panggil Melissa. 
Dia tersenyum ke arah sepupu yang merupakan jejaka idamannya. Harraz yang mendengar namanya dipanggil oleh segera melarikan diri dari situ. Dia meluat melihat perangai sepupunya yang mengada-ngada.
            Harraz pantas berlari untuk mengelakkan diri daripada Melissa.  Dia terjenguk-jenguk melihat sama ada Melissa masih mengejarnya ataupun tidak.
           “Aduhhh”jerit Isha yang sudah jatuh terduduk. Dia merungut perlahan. ‘Kenapalah asyik berlanggar je ni. Roti berkrim dia sudah pun selamat di atas lantai.
Harraz yang tidak perasankan kelibat Isha yang juga berlari telah menyebabkan mereka berlanggar sesama sendiri. Dia terkejut apabila tidak semena-mena dia terlanggar seorang gadis.
           “Awak lagi”ujar Isha apabila melihat Harraz di hadapannya.
           “Ye saya..jumpa lagi kita”kata Harraz.
           “Saya Harraz, awak?”soal Harraz.
           “Isha”balas Isha.
           “Okay. Nampaknya awak dah kotakan janji awak pada saya semalam”
           “Janji? Janji apa pulak ni. Bila masa saya berjanji” soal Isha. Dia mengerutkan dahinya.
           “See my shirt” kata Harraz.
           “Ya Allah, maaf, maaf, saya tak sengaja. Betul-betul tak sengaja. Semalam tu saya sengaja je cakap macam tu bukannya ada niat betul—betul.” Isha memohon maaf kepada Harraz sambil mempamerkan wajah serba salah.
            “Tak apalah Isha. Saya pun berlari sambil pandang belakang mana nak nampak awak kat depan ni.”
            “Yeke. Awak lari sebab apa ni”soal Isha. Dia bangun dan mengibas bajunya.
            “Saya lari dari Melissa, sepupu saya yang semalam tu. Tadi saya ada di depan bilik muzik masa dia nampak saya terus saya lari.”
             Isha terkejut. Bilik muzik? Jangan-jangan yang ketuk pintu tadi tu dia. Aduhhh mesti dia dah dengar aku main piano. Tapi dia tak tahu siapa yang berada di dalam bilik tersebut. Ah..mungkin bukan dia, mungkin dia cuma lalu di hadapan  bilik muzik itu.
          “Eh awak kenapa senyap ni” soal Harraz. Gadis dihadapannya tiba-tiba mendiamkan diri.
          “Eh, tak ada apalah. Awak jurusan apa eh. Kenapa saya tak pernah nampak awak sebelum ni.”soal Isha pula.
          “Saya ambil medic. Last semester dah. Awak pula?”
          “Patutlah tak pernah nampak. Jurusan lain. Saya ambil perakaunan baru semester tiga. Tapi kenapa awak boleh ada kat sini. Maksud saya bangunan ni kan bagi subjek-subjek tambahan. Awak ada ambil kelas tambahan ke”
          “Saya ambil kelas tambahan bahasa. Saja suka-suka. Awak pula ada ambil subjek tambahan ke ” Telefon bimbit yang berbunyi membuatkan perbualan mereka terbantut.
          “Awak..sorry saya kena balik. Ada hal sikit. Jumpa lagi”pinta Isha sambil berlari-lari anak.Harraz tersenyum melihat langkah Isha yang makin menjauh. ‘Isha’


BAB 4
          “Terima kasih Pak Tam. Isha masuk dulu tau” Ujar Isha sambil tersenyum.
           Isha mengucapkan terima kasih kepada Pak Tam yang sanggup mengambilnya dari kolej. Ikutkan dia mahu saja dia balik menggunakan pengangkutan awam. Dia tidak mahu menyusahkan Pak Tam andai kata dia mampu untuk melakukan sendiri.
           Isha pantas memasuki rumah banglo yang tersergam indah di hadapannya. Disebabkan dia tiada kelas pada hari jumaat, manakala sabtu ahad pula cuti dia mengambil keputusan untuk pulang ke rumah. Sudah dua minggu dia tidak berjumpa dengan mama dan papanya.
          “Assalamualaikum”ucap Isha sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam rumah.
          “Waalaikumussalam. Anak mama dah balik”ujar Datin Dahlia. Isha mencium tangan dan memeluk mamanya.
          “Wah..cantiknya mama hari ini. Ada apa-apa ke mama”soal Isha.
          “Cantik apanya. Mama hari-hari macam ni kan. Isha ni buat-buat tanya pula”kata Datin Dahlia. Isha tersenyum manis.
          “Mama masak apa. Laparlah”Isha membuat muka comel sambil mengusap perutnya yang kempis. Tanpa dia sedar seseorang berdiri dibelakangnya.
          “Mama tau anak mama nak balik sebab tu mama masak makanan kegemaran Isha”jawab Datin Dahlia sambil mengusap rambut anak perempuan satu-satunya.
          “Hah”jerit seseorang di telinga Isha sambil memeluk kemas pinggang Isha. Isha terkejut. Dia lantas menoleh kebelakang dan melihat abang kesayangannya yang sedang  tersenyum.
Satu….dua….tigaaa..
          “Abangggggg..bila balik. Kenapa tak bagi Isha. Abang ni pergi training tu lama sangatlah. Isha sorang-sorang kat sini tau. Isha rindu abang sangat-sangat”Isha memeluk erat pinggang abangnya. Manja sahaja suaranya bila bersama dengan abangnya. Peduli apa abang dia kan.  Biarlah orang nak kata apa. Eh orang nak cakap apa bila orang sendiri tak tahu dia dan Darwisy merupakan adik beradik.
            Datin Dahlia tersenyum melihat telatah anak-anaknya. Darwisy dan Darwisya.
           “Amboi, manjanya adik abang seorang ni. Banyaknya soalan abang nak kena jawab. Abang balik kejap je nak ambik barang. Lepas ni nak pergi sana balik”usik Darwisy.
          “Alahhh..abang ni tak kan nak pergi dah. Ishhh tak bestlah macam ni. Dah semester akhir cuma duduk diam-diam kat rumah pergi study ke lepas tu pergi kolej  tak payah dah nak join training tu semua.” Isha sudah muncung. Darwisy ketawa melihat telatah comel adiknya yang kuat membebel.
          “Darwisy sudahlah tu. Tak payah usik adik kamu dah. Isha baru balik tu biar dia makan dulu. Lepas ni boleh borak panjang”celah Datin Dahlia aapabila melihat Isha sudah muncung. Parah kalau merajuk.
          “Hah..maksud mama apa” soal Isha.
          “Tak ada maknanya abang Isha nak pergi sana balik. Dia dah habis training dah tu. Saja je dia usik Isha”terang Datin Dahlia. Darwisy sudah ketawa melihat adiknya yang jelas terpancar riak kegeraman di wajahnya.
           “Abang ni suka usik Isha tau”marah Isha manja sambil mencubit-cubit badan abangnya.
          “Aduh sakitlah Isha. Nanti lebamlah badan abang macam ni”
          “Siapa suruh abang tipu Isha”keluar dah muncung itik adiknya. Darwisy ketawa.
          “Okay-okay. Sorry sangat ye sayang. Abang tak usik dah hari ni. Tapi esok-esok abang tak janji” Ujar Darwisy.
          “Sudah tu Dariwsy.  Merajuk adik kamu nanti mama tak nak masuk campur” Isha menjelir lidah kepada abangnya.
          “Sudah-sudah jom makan dulu. Mak Timah dan lama hidangkan makanan. Nanti sejuk pula”kata Datin Dahlia seraya bergerak ke meja makan.
           “Papa tak balik ke abang”soal Isha.
           “Mama cakap Papa ada meeting hari ni. Tak dapat balik makan sama-sama. Dah jom makan”Darwisy berpimpin tangan dengan Isha menuju ke ruang makan. Datin Dahlia tersenyum melihat kemesraan anak-anaknya.
           “Mak timah dengan Pak Tam tak makan sekali ke mama. Kejap Isha panggilkan tau”kata Isha.
           “Haa..baguslah. Panggil mereka Isha. Apa yang dibuat mereka pun mama tak tau. Kerja apa lagi yang dibuatnya”
           “Okay mama. Kejap. Jangan makan dulu tau. Abang, hah tunggu kita orang dulu tau” bukannya dia tidak nampak gelas minuman abangnya terlebih dahulu sudah habis sebelum mereka makan. Darwisy tersengih. Isha ni tau aje.
           Isha beriringan masuk bersama dengan Mak Timah dan Pak Tam. Pembantu rumah di rumah itu sejak dia kecil lagi. Dia juga manja bersama dengan mereka. Mak Timah dan Pak Tam juga senang memanjakan Isha memandangkan mereka tidak mempunyai zuriat.
            Ruang makan itu walaupun cuma terdapat lima orang sahaja tetapi lagaknya seperti sepuluh orang. Riuh ruang makan itu apabila Isha dan Darwisy suka menyakat Mak Timah yang cepat melatah. Tidak kering gusi Datin Dahlia dan semua orang di situ melihat latah Mak Timah.


BAB 5

           Riuh suara pelajar perempuan yang menjerit memanggil nama Daiyan. Anaka kepada pemilik Kolej Bersatu. Ketua bola sepak yang mempunyai bakat terpendam iaitu mempunyai suara yang mampu membuatkan para wanita terpegun. Tambah lagi dengan bakatnya yang pandai memainkan alat muzik.
           Daiyan melangkah dengan penuh gaya. Baju kemeja merah yang dilipat lengannya dikenakan dengan seluar slack hitam dan kasut hitam. Rambutnya disisir rapi. Dia  memberikan senyuman setiap kali ada pelajar yang menegurnya.
           Itulah sikapnya yang membuatkan para pelajar tertarik dengannya. Pelajar cemerlang yang mempunyai bakat terpendam yang juga merupakan seorang yang murah dengan senyuman. Isha dan Fira hanya memerhatikan langkah Daiyan bersama teman-temannya. Dia menggeleng di saat dia melihat ramai pelajar perempuan yang cuba menarik minat Daiyan.
          “Ishhh..tepilah. Semak tau semak”ujar Fisha kuat. Dia menolak kuat tubuh Isha sehingga Fisha terdorong ke belakang.
          “Apa masalah kau ni hah Fisha. Suka-suka hati nak tolak orang” Marah Fira.
          “Aku punya sukalah. Yang korang tu menyibuk kat sini buat apa. Buat semak mata yang memandang”
          “Korang ni mesti tengok Daiyan kan. Eiii…tak sedar diri. Ingat Daiyan nak ke tengok orang macam korang ni”
          “Kenapa. Daiyan tengok orang yang macam korang ni ke” Soal Isha pula. Nak cari pasal dengan aku.
          “Maksud kau apa” Balas Katrina.
          “Yelah. The Ladies. Melissa, Katrina dan Fisha. Siapa tak kenal orang macam kau ni. Pentingkan darjat petingkan kekayaan pentingkan rupa. Suka kutuk orang suka cari pasal dengan orang. Apa yang dia orang ni tau, cukuplah kalau benda tu dapat puaskan hati dia orang. Tapi kalau belajar jauh kebelakang. Dia orang tak ingat kalau dia orang ni mati tetap akan dikebumikan dalam tanah atas bumi yang sama. Darjat, kekayaan tu semua bukan boleh bawa mati. Faham tak ?” kata Isha. Dia penat asyik nak berbahas dengan mereka ni.
           “Amboi sedapnya mulut kau nak mengata kita orang. Kau ingat kau siapa” Katrina merenung Isha yang berdiri di hadapannya.
          “Mulut aku, suka hati akulah. Tapi bila masa aku mengata korang. Kalau mengata tu belakang-belakang tapi aku cakap depan-depan. Betul tak Fira”balas Isha. Dia serik asyik di perlekehkan oleh The Ladies.
           Wajah Katrina dan Fisha berubah. Tidak menyangka Isha akan menjawab begitu.
          “Mulut kau…mulut kau memang tiada insurans. Kau tak kenal kita orang siapa lagi” Fisha menuding jari ke arah Isha.
          “Whatever”balas Isha. Dia meninggalkan Fisha dan Katrina yang sedang marah di situ dan berlalu bersama Fira. ‘Siapa suruh kau cari pasal dengan aku. Ingat aku macam ni aku senang diperlekehkan. Hei ni juara bahas dekat sekolah dulu okay.’
           “Eh Isha nanti kau balik bilik dululah. Aku nak jumpa Zarif kejap”ujar Fira sambil tersengih-sengih.
          “Nak pergi dating lah tu. Jangan lama-lama sangat.”ujar Isha pula.
          “Okay Isha..Bye” Isha melihat sahaja langkah Fira yang makin menjauh. ‘Seronoknya orang dah ada buah hati. Aku ni bilalah agaknya’
           Titt…titt
           “Hello”kasar suara Isha menjawab panggilan Darwisy.
           “Assalamualaikum. Amboi kasarnya jawab. Kenapa ni”tanya Darwisy.
           “Waalaikumussalam sorry abang. Isha tengah geram ni. Tadi kena serang dengan peminat Daiyan”beritahu Isha. Darwisy ketawa.
           “Abang gelak kenapa, orang tengah geram ni”soal Isha.
           “Kenapa dia orang tu marah Isha”soal Darwisy.
           “Dia orang kata Isha dengan Fira semak kat kafe tu. Lepas tu tengok Daiyan pula. Oh please siapa tah minat kat Daiyan”kata Isha meluat.
            “Amboi mulut tu. Tak minat konon. Kalau tak ada dia kat sini macam mana” Balas Darwisy.
            “Betullah. Ishh abang ni tak payahlah nak mengarut. Ni abang ada kat mana. Tak ada kelas ke bang”soal Isha. Tidak semena-mena dia terlanggar seseorang sehingga menyebabkan telefon bimbit jatuh.
            ‘Aduh..makin rosaklah phone aku kalau selalu jatuh’
            “Isha…Isha nampaknya kita ni memang ada jodoh. Asal jumpa saja mesti sebab berlanggar kan” Ujar Harraz.
Isha melihat Harraz yang tersengih sambil memegang telefon bimbitnya. Buat kali yang ketiga dia berlanggar dengan  Isha. Telefon bimbit Isha segera dikembalikan.
Isha terkejut melihat Harraz di hadapannya.
             “Eh Harraz, awak lagi. Awak buat apa kat sini” Tegur Isha sebaik sahaja Harraz mengembalikan telefon  bimbitnya . Harraz tersenyum melihat Isha.
             “Saya datang sini nak makanlah cik adik oi. Leka sangat ye awak borak di telefon” Kata Harraz.
Isha baru tersedar telefon bimbit dia sudah gelap. Mesti Darwisy pelik tiba-tiba dia senyap.
            “Awak seorang je ke ni. Nak pergi mana lepas ni”soal Harraz.
           “Seorang je ni. Nak makan dulu sebelum balik asrama”balas Isha.
           “Apa kata teman saya makan. Saya pun seorang je ni. Ada kawan bestlah sikit daripada duduk makan seorang-seorang kat kafe ni. Boleh tak”
            “Boleh jugak. Jom kita beli makanan dulu.” Ajak Isha.
Isha dan Harraz membeli makanan masing-masing sebelum mengambil tempat duduk. Keadaan kafe yang lengang membuatkan mereka senang mencari tempat duduk.
             “Isha kalau awak nak tahu kan saya sekarang ni tengah mencari seseorang.” Beritahu Harraz.
             “Awak cari siapa” soal Isha.
             “Awak ingat lagi tak masa kita bertembung kat bangunan subjek tambahan tu. Masa tu saya lalu depan bilik muzik saya dengar ada orang main alat muzik. Dia mainkan instrumental yang sungguh merdu. Meresap ke dalam jiwa saya. Tenang je saya dengar waktu. Saya nak tengok siapa yang mainkan lag utu. Tapi sayang pintu berkunci pulak. Saya tertanya-tanya siapa yang main muzik masa tu”terang Harraz.
              “Aaa…”Isha terkejut.
              “Saya harap saya dapat jumpa dengan orang tu. Kalau perempuan memang saya dah jatuh cinta. Tapi saya masih tak tahu sama ada lelaki ataupun perempuan” kata Harraz lagi.
              “Saya pun harap awak dapat jumpa dengan orang yang awak cari. Dahlah jom makan” Isha mencelah sebelum Harraz menanyakan macam-macam soalan dan dia takut dia terkantoi. Belum masanya lagi.
              Sambil makan mereka bercerita tentang kehidupan masing-masing, walaupun begitu Isha tetap tidak menceritakan tentang siapa dia sebenarnya. Mereka sempat menukar nombor telefon pada hari itu.
              Selepas beberapa kali terjadinya pelanggaran antara Isha dan Harraz dan selepas mereka makan bersama hubungan mereka menjadi semakin rapat. Isha senang berkawan dengan Harraz begitu juga dengan Harraz. Senang dapat berkawan dengan gadis itu. Mereka juga pernah keluar bersama-sama bersama dengan Fira dan Zarif. Tidak menyangka bahawa Harraz juga mengenali Zarif yang kebetulan mengambil jurusan yang sama dengannya.


BAB 6

          Sebulan telah berlalu. Hubungan Isha dan Harraz makin rapat. Dia juga pernah bertandang ke rumah orang tua Harraz. Ternyata orang tua Harraz merupakan keluarga yang agak kaya dan sikap mereka yang ramah membuatkan Isha senang dengan mereka.
           Isha tidak terkata apa apabila melihat Melissa yang sedang menyandarkan dirinya di pintu kelas. Tinggal dia dan Fira bersama dengan Melissa dan Fisha. Katrina tidak pula nampak. Sudah pulang barangkali. Dia yakin pasti mereka berdua ingin mencari masalah dengannya. Isha dan Fira a berjalan menghampiri mereka berdua.
           “Tumpang lalu. Kita orang nak keluar. Boleh tepi sikit tak” pinta Isha.
           “Kau ni memang tak sedar diri kan. Pandai berlakon. Kau tak dapat perhatian Daiyan kau perci cari perhatian di Harraz kenapa. Kau ni memang dasar hipokrit” marah Melissa. Dia menolak kasar bahu Isha.
           “Kau ingat Harraz pandang perempuan kampung macam kau”ujar Fisha pula.
Isha ketawa melihat Melissa dan Fisha yang marah terhadapnya. Seakan-akan tidak berbekas pun dihatinya melihat kemarahan Melissa dan Fisha.
          “Yang kau gelak kenapa. Kau ingat lawak ke” soal Fira pula.
          “Tak adalah. Dua orang ni ingat aku nak cari perhatian Daiyan. Kalau Harraz pula kenapa kau nak marah Melissa. Harraz sendiri kata pada aku kau ni cuma sepupu ni saja. Dia suka berkawan dengan aku. Tak kan aku nak tolak orang baik yang nak kawan dengan aku” balas Isha.
           “Hei orang kampung macam kau ada hati nak dengan Harraz. Sedar diri tu sikit. Kau ingat mama dan papa Harraz suka orang kasta rendah macam kau. Kira beruntung kau dapat masuk kolej ni. Ni pun mesti sebab dapat biasiswa kan” ejek Melissa.
            ‘Kasta rendah’ Melissa ni memang mulut ikut sedap dia je nak kata apa.
            “Aku yakin Harraz bukan orang macam tu. Mama papa Harraz? Kau jangan nak cakap sesuka hati lah Melissa. Aku tengok mama papa Harraz baik saja. Aku pernah jumpa dengan mereka.” Terang Melissa.
            “Apa dia….”
            “Kau nak percaya atau tidak, itu terpulang kepada kau. Aku peduli apa?”
            “Hei Isha! Kau dengar sini baik-baik. Aku akan pastikan kau tak boleh bersama dengan Harraz. Kalau aku tak dapat kau pun tak boleh dapat” tegas Melissa.
             “Hei Melissa! Dahlah. Ikut kaulah nak buat apa. Apa yang aku musykil kan apa yang kau tak puas hati dengan Isha ni hah. Bukannya dia kacau kau. Atau kau jeles dia cantik. Tapi yelah mungkin sebab penampilan dia yang out sikit kau mulalah kutuk dia tak puas hati dengan dia kan” marah Fira.
              “Kau senyap Fira. Jangan masuk campur hal aku. Kau pun sama out dengan dia” badan Fira di hempuk dengan beg tangan dia. Apa yang dikatakan oleh Fira ada betulnya. Segera dia melangkah meninggalkan Fira dan Isha.
              “Hei lah perempuan ni. Memang nak kena dengan aku” marah Fira. Kalau tak disebabkan Isha menghalang memang dah kena Melissa dengannya.
             “Sudahlah tu. Biarlah dia nak buat apa pun.” Isha malas mahu memanjangkan masalah. 



bersambung....