Wednesday 23 December 2015

CERPEN SERIES : BUKAN CINTA MAKEOEVR (2)




          “Abang”sergah Aina daripada belakang.
           “Ish budak ni. Apanya. Menyibuk jelah kat sini”rungut Adam. Gambar Nia yang menjadi latar telefon bimbitnya ditenung.
           “Sudah-sudahlah tu bang. Bagi Kak Nia masa”nasihat Aina.  Dia mengambil tempat disebelah Adam yang duduk di tepi kolam.
           “Abang rindu dia Aina”ucap Adam sayu.
           “Aina yakin Kak Nia akan terima abang juga satu hari nanti. Trust me.
           “Tapi sampai bila Aina. Dah tiga bulan kita balik dari Perlis. Nia langsung tak mesej atau call abang. Bila abang call mesti dia reject call abang. Mesej pun tak berbalas. Sihat ke tidak abang tak tahu”
            “Alah abang ni. Janganlah risau. Kak Nia ngan Nek Som  kat sana tu sihat walafiat. Aina baru je borak dengan dia tadi”
             “Apa dia Aina cakap”
            ‘Aduhhhh..macam mana boleh terlepas ni.’
           Aina menampar mulutnya sendiri kerana terlepas cakap. Sudahlah abang dia menyangka selepas mereka pulang dari Perlis dia juga tidak berhubung dengan Nia. Bukan tidak berhubung malah mereka akan berhubung setiap hari. Aina akan menceritakan tentang Adam kepada Nia.
          “Hehe..sorry abang”kata Aina. Tidak berani memandang wajah Adam yang sedang merenung tajam kepadanya.
            “Selama ni Aina tipu abanglah”
            “Bukan macam tu. Aina Cuma ikut kata Kak Nia je. Dia yang tak bagi Aina beritahu abang bila kami berhubung. Kak Aina pun akan selalu borak dengan mama dan papa”
             “Apa diaaaa”Aina terkejut mendengar suara Adam. Aduhhhh..mulut ni. Aina menunduk sambil bermain dengan jari-jemarinya.
             “Jadi mama dengan papa pun tahulah pasal Nia. Sampai hati korang semua”suara Adam mula kendur. Aina serba salah melihat wajah Adam.
            “Aina tahukan abang rindukan Kak Nia. Malah abang sangat mencintai dia. Kenapa Aina buat macam ni. Pura-pura tak tahu. Bila abang bercerita tentang Nia kenapa Aina diam saja. Tak layak ke abang untuk Nia”
            “Abang..okay Aina minta maaf tapi ni semua permintaan Kak Nia. Dia perlukan masa. Aina harap abang faham apa yang Aina katakan ni.”
             Aina pantas meninggalkan  Adam berseorang duduk di tepi kolam. Makin lama dia berada di situ makan banyak yang keluar daripada mulut. Dia bergerak menuju ke biliknya untuk memberitahu Nia. Masalah kalau Adam merajuk.

……………………………………………… 
 
          Adam bersandar di kepala katil. Telefon bimbit setia di tangan. Takut-takut Nia akan menghubunginya. Begitulah dia setiap hari semenjak pulang dari Perlis. Tetapi Nia tidak pernah menghubunginya.
          ‘Nak call ke tak nak, call jelah’
           Adam menanti dengan penuh sabar. Panggilan pertama tidak diangkat. Dia mencuba sekali lagi.
           “Hello assalamualaikum”suara lembut Nia menerjah pendengaran Adam. Adam terkejut. Tidak menyangka Nia akan menjawab panggilannya.
           “Err..Waalaikumussalam Nia” jawab Adam terketar-ketar.
           “Ada orang tak ni. Macam tak ada je. Nak letaklah kalau macam ni”usik Nia setelah lama Adam mendiamkan diri.
          “Eh..Nia..janganlah. Adam ada lagi kat sini. Janganlah letak dulu”pinta  Adam.
          “Oohh ada lagi rupanya. Kenapa Adam call Nia ni. Ada masalah ke”soal Nia.
          “Kalau tak ada masalah Adam tak boleh call Nia ke”soal Adam berjauh hati.
          “Bukan macam tu maksud Nia”
          “Kenapa buat Adam macam ni. Kenapa buat tak tahu bila Adam call, Adam mesej”sayu suara Adam. Terasa dengan tingkah Nia.
          “Adam..Nia”
           “Adam rindukan Nia. Adam dah tak penting ke untuk Nia.Sudah-sudahlah marahkan Adam. Adam minta maaf Nia.”
           “Nia..walau apa pun Adam tetap tunggu Nia. Adam janji. Adam sayangkan Nia. Adam cintakan Nia”kata Adam berterus-terang.
            “Adam tunggu Nia. Nia akan datang pada Adam. Promise me”ucap Nia.
            “Ye Nia. Adam janji. Adam banyak soalan nak tanya pada Nia tapi Adam rasa cukuplah kali ni. Nia jawab call Adam, dapat dengar suara Nia pun Adam dah gembira.” Adam tersenyum walaupun dia tahu Nia tidak dapat melihat senyumannya.
            “Nia letak dulu ye. Nek Som dah panggil ni”pinta Nia.
            “Okay..Assalamualaikum Nia”
            “Waalaikumussalam Adam”
            Meskipun dapat bercakap dengan Nia sebentar hatinya dah cukup gembira dan senang dengan Nia. Malam itu Adam tidur dengan lena setelah dapat bercakap dengan orang dia rindukan sangat-sangat.

……………………………………………………………


           “Hah..apa yang senyum-senyum tu”soal Tasha. Dia duduk di birai katil bersebelahan dengan Nia.
          “Adam”jawab Nia.
          “Amboi…happynya aku tengok kau sekarang. Macam mana, jadi tak kau nak balik sana”soal Tasha.
          “Mestilah jadi. Dah lama aku tak jumpa mereka. Rindu pula rasanya”
          “Banyaklah kau. Rindu dekat Adam lah tu”usik Tasha lagi. Dia gembira melihat Nia yang sekarang. Sentiasa tersenyum. Walaupun tidak selalu berborak dengan Adam, Nia tetap kelihatan ceria setelah mengetahui isi hati Adam.
           “Yang kau masuk bilik aku ni kenapa. Ni mesti tak lain tak bukan bergaduh dengan Fariz la ni”Nia sudah kenal benar dengan sikap Tasha. Setiap kali bila Tasha dan Fariz pulang ke kampung dan setiap kali bila mereka bergaduh, bilik Nia lah yang menjadi tempat persembunyian Tasha.
          “Biarlah. Sekali –sekala nak gaduh-gaduh manja”jawab Tasha selamba.
          “Dah-dahlah tu merajuk Tasha. Fariz buat apa kat kau”soal Nia.
           “Ada ke patut muka sikit punya cun dia boleh kata muka aku macam badut”marah Tasha bila mengingatkan apa yang dikatakan oleh suaminya.
           “Aduh kau ni kan. Dia bergurau lah tu. Kalau dia kata muka kau macam badut tu sebab dia nak usik kau. Kalau tak, tak adanya dia nak kahwin dengan kau lah badut” Nia tergelak.
           “Kau ni kan sama je dengan Fariz”
          “Sayang”suara yang menjerit di luar bilik Nia membuatkan Tasha mengeluh.
          “Hah..tu abang sayang kau dah panggil. Pergilah sana. Duduk sini buat apa”giat Nia. Fariz tak boleh berenggang langsung dengan Tasha. Maklumlah baru kahwin.
          “Aduh..aku ingat baru nak lari daripada dia kejap. Aku merajuk dengan dia ni”
          “Ish kau ni. Tak baiklah  buat macam tu. Diakan suami kau. Buatnya dia bagitahu Nek Som mati kau”
          “Sayang. Keluarlah. Abang mintak maaf okay. Abang gurau je tadi tu”pohon Fariz lagi.
           Tasha masih mendiamkan diri. Tidak menyahut langsung panggilan suaminya yang berada di luar bilik. Dengan selamba dia berbaring di aatas katil Nia. Bantal peluk Nia di capai.
           “Tengok..kan dah senyap. Mengalah lah tu”kata Tasha.
          “Tasha..apa yang dibuatnya dalam bilik Nia tu. Keluar sekarang sebelum nenek piat telinga kamu. Dah kahwin pun buat perangai budak kecik dia tu lagi”suara nyaring Nek Som mengejutkan mereka berdua yang berada di dalam bilik.
          “Hah kan aku dah cakap dengan kau. Matilah kau”kata Nia. Nia tergelak melihat tingkah suami isteri itu. ‘Agaknya macam mana kalau aku dengan Adam kahwin eh’
            Nia menggeleng-geleng kepala apabila berangan tentang Adam. Boleh pulak dia memikirkan tentang dia dan Adam.
           “Nia..apa ni. Aku cakap dengan kau boleh pulak tersengih sorang-sorang.”Tasha geram dengan Nia apabila Nia tidak mengendahkan kata-katanya malah boleh pula dia membuka pintu bilik. Fariz dan Nek Som sudah berdiri di depan pintu.
            Suara Nek Som dan Fariz yang bergilir-gilir memanggil Tasha membuatkan Nia tidak betah dengan keadaan itu. Lantas dia bergerak menuju ke pintu bilik.
           “Niaaaa…kau ni kan. Buka pintu tu kenapa”marah Tasha.
           “Nek..tengok Tasha tu. Macam-macam hal. Hah Fariz dia merajuk tu hah. Pergilah pujuk.”
           “Tasha..Tasha. Dah besar macam ni pun nak merajuk lagi.”ujar Nek Som.
           “Korang selesaikan masalah korang. Yang aku tahu lepas aku datang balik korang berdua dah tak ada dalam bilik aku. Faham tak”tegas Nia. Dia mengenyitkan mata kepada Tasha.
          “Sampai hati kau Nia”
           Nia tergelak. Macam-macamlah. “Dah nek jom kita pergi tengok tv. Daripada layan mereka berdua ni sampai bila  pun tak tahulah.”

………………………………………………………..

          Pada pagi hari sabtu itu, Adam bersiap-siap untuk keluar. Setalah yakin dengan penampilan dirinya, Adam melangkah turun ke bawah untuk bersarapan terlebih dahulu sebelum keluar.
          “ Haa..Adam nak pergi mana ni”soal Puan Sri Bahiyah.
          “Adam nak keluar pergi jalan-jalan hilangkan stress”ujar Adam.
          “Stress lah sangat”sampuk Aina sambil menjelirkan lidah ke arah abangnya. Adam membalas dengan menunjukkan isyarat ingin mencekik leher Aina.
           “Tak payahlah keluar. Kejap lagi ada tetamu istimewa mama nak datang. Adam duduk rumah tolong mama masak je boleh”
            “Apa gunanya anak perempuan mama tu. Aina kan boleh tolong. Adam malaslah. Tetamu tu kan tetamu mama apa kena mengena dengan Adam.”
            “Mama tak kira. Adam tak boleh keluar. Kalau Adam keluar jugak jangan menyesal sudah.” Puan Sri Bahiyah menuju ke dapur meninggalkan Adam yang terpinga-pinga di ruang tamu.
            “Padan muka abang”sakat Aina.
            “Siapa tetamu mama tu”soal Adam kepada Aina yang ralit memotong sayur.
           “Just wait and see”kata Aina.
           “Abang kenal ke dengan tetamu mama tu”soal Adam lagi. Dia mengambil tempat di hadapan Aina.
           “Dok tahu lah bang. Mu kenal ke dok”kata Aina. Matanya masih tidak memandang ke arah Adam.
           “Perempuan ke lelaki”Adam menyoal lagi.
           “Entahlah”
           “Berapa orang yang nak datang ni”
           “Aduhhhh..banyak soal lah abang ni. Tunggu jelah kejap lagi siapa yang sampai. Ain pun tak tahu siapa, berapa orang, perempuan ke lelaki. Kalau nak tahu abang pergilah tanya mama. Kan senang. Dahlah jangan kacau Aina buat kerja. Bukannya nak menolong tapi sibuk dok soal orang. Ingat orang tak ada kerja apa.”bebel Aina.
           “Eh budak kecik ni, membebel pulak. Abang tanya sikit mulalah nak bebel. Dah abang tak tahu abang tanyalah Aina.”Balas Adam.
           “Masalahnya abang tanya pada orang yang salah. Aina pun tak tahu”
           “Lah..tak tahu cakaplah tak tahu. Kan senang”usik Adam lagi.
           “Eiii..abanggggg”geram Aina dengan tingkah abangnya.
           “Ni apa yang bising-bising sangat ni. Mama baru tinggal kejap”sampuk Puan Sri Bahiyah.
           “Abang ni mama..sibuk kacau Aina. Bukan nak menolong”adu Aina. Bahu abangnya ditampar. Adam hanya tersengih melihat Aina.
           “Hah Adam yang dikacau adik kamu tu kenapa. Tolonglah apa yang patut”ujar mama.
           “Adam tolonglah ni mama”
           “Tolong apa..tolong tengok”ujar Puan Sri Bahiyah.
           “Hah..betullah tu mama. Kan Aina”Adam giat mengusik adiknya.
            Aina yang geram hanya mampu mendiamkan diri.
            ‘Amboi sakan kau gelak ye bang. Ada ubi ada batas. Ada hari aku balas’Aina tersenyum sendiri.

………………………………………………

          “Assalamualaikum”suara perempuan yang memberi salam menarik perhatian seisi rumah yang sedang berborak di ruang tamu.
          “Waalaikumussalam. Tu mesti tetamu mama. Biar Aina yang bukakan pintu”Aina berlari untuk membuka pintu. Tetamu yang dinanti-nantikan sudah sampai.
           Nampak sahaja wajah Nia, Aina terus memeluk kakak angkatnya itu.
           “Akak..rindunya Aina pada akak. Jomlah masuk. Semua tengah tunggu akak. Abang Adam tak tahu lagi akak yang datang”Aina tersenyum.
           “Mama..papa..eh abang mana”soal Aina.
           “Adam pergi toilet”
           “Mama..papa”Nia bersalaman dengan Puan Sri Bahiyah dan Tan Sri Zakri.
           “Rindunya mama dengan anak mama ni. Kenapa lama sangat Aina pergi ni” Puan Sri Bahiyah memeluk dan mencium pipi Nia.
            “Mama dengan papa sihat ? Nia tengok papa makin handsome dan mama pula makin cun. Ada apa-apa rahsia ke”usik Nia.
             “Mama dengan papa sihat walafiat”ucap Puan Sri Bahiyah sambil tersenyum.
            “Ish kamu ni Nia kalau tak mengusik kami tak sah. Ada je benda yang nak diusiknya”kata Tan Sri Zakri.
            “Sorry lambat”kata Adam mencelah perbualan mereka.
             Nia memusingkan badan menghadap kepada Adam sambil tersenyum manis. Reaksi yang memang dijangka oleh semua orang.
             Adam terkejut melihat Nia yang berada di samping Aina. Nia kelihatan sangat cantik dan manis. Dan Nia memakai baju kurung pemberian Adam sebelum dia dan Aina pulang ke Kuala Lumpur. Sesi pandang memandang itu dikejutkan oleh Aina.
             “Sudah-sudahlah tu. Jomlah kita makan dulu”Aina mengajak semua ke meja makan untuk menjamu selera. Aina sengaja melanggar Adam yang masih berdiri di ruang tamu”
              “Oopss sorry sengaja”
              “Aina memang dah tau kan Nia tu tetamu mama”soal Adam.
              “Yup..Aina memang tahu pun. Dah lama tau dah”Aina mengangkat-angkat keningnya.
               “Kenapa tak bagi tau abang Nia nak datang. Aina ni kan sengaja tau”kata Adam geram .
               “Do I care”Aina tergelak melihat reaksi Adam.
              “Dahlah. Jom makan dulu”Aina menarik tangan Adam menuju ke meja makan.
               Adam mengambil tempat di hadapan Nia iaitu disebelah Puan Sri Bahiyah sementara Aina pula mengambil tempat di sebelah Nia.
               “Mama masak special untuk anak mama hari ni. Makanan kegemaran Nia. Makanlah. Nia dah lama tak makan masakan mama kan”kata Puan Sri Bahiyah.
               “Terima kasih mama.”
              Bermacam-macam lauk yang ada dihadapan Nia. Tetapi yang menarik perhatian Nia adalah Adam. Sedari tadi Adam mencuri pandang ke arahnya. Naik segan pun ada juga. ‘Adam…Adam’
              “Jangan pandang-pandang”tiba-tiba Aina menyanyi. Adam tersentak. Semua memandang kepada Aina. Aina tersengih.
              “Tiba-tiba lagu tu terlintas difikiran. Sebab tu Aina menyanyi. Abang kenapa senyap je dari tadi. Ada emas ke dalam mulut sampai senyap macam ni”Adam menjeling tajam adiknya yang tersengih-sengih macam kerang busuk. Malu tertangkap dengan Aina satu, satu lagi boleh pulak kenakan aku depan semua orang.
             “Sibuklah Aina ni”Adam buat tak tahu dengan  Aina yang masih tergelak.
              “Ada-ada je Aina ni. Lepas ni teman akak pergi beli barang boleh, Akak tak bawa banyak barang balik sini. Dekat rumah lama akak dengan Tasha ada je tapi akak malas nak balik sana. Nak pergi shopping barang baru”jelas Nia.
             “Boleh je kak. Akak nak pergi mana-mana pun Aina sanggup teman”ujar Aina.
             “Tak nak Adam teman Nia ke”Adam mencelah.
             “Boleh ke Adam teman Nia dengan Aina nanti”soal Nia pula.
             “Boleh je. Lagipun Adam tak buat apa-apa hari ni. Hari ni kan cuti. Boleh Adam teman Nia pergi beli barang.”
             “Alamak..Aina lupalah. Hari ni Aina ada date dengan Taufiq. Sorry Kak Nia. Tak dapat akak pergi beli barang. Tak apakan. Abang Adam ada boleh teman akak.”Adam tersenyum penuh makna. Aina seakan dapat membaca fikirannya yang ingin bersama dengan Nia.
             “Tak apalah kalau macam tu. Adam bolehkan teman Nia”pinta Nia.
              “Boleh. Tak ada masalah lah Nia”Adam tersenyum manis.
              “Cepat habiskan makanan ni. Lepas ni Adam dengan Nia boleh keluar”ujar Puan Sri Bahiyah.
              Masing-masing tersenyum sambil meneruskan suapan.

 …………………………………………………………


           “Adam nak bawa Nia pergi mana ni”soal Nia ketika berada di dalam kereta milik Adam. Adam kelihatan kacak dengan memakai tshirt polo berwarna hitam dan seluar jeans yang sama warnanya.
           “Nia nak pergi mana. Hari ni Adam akan jadi driver Nia. Nia sebut saja nak pergi mana”
          “Okay..tapi sekarang ni Adam bawalah Nia pergi mana. Tak tahulah nak pergi mana.”kata Nia. Dia bukan pandai sangat tempat-tempat yang best untuk shopping ni.
          “Okay…hamba yang menurut perintah.”Adam tersenyum manis. Nia membalas senyuman Adam.
           “Nia..”panggil Adam setelah masing-masing mendiamkan diri.
           “Ye saya”
          “Adam nak tanya Nia soalan boleh”tanya Adam.
           “Boleh. Tanyalah”Nia tersenyum. Dia sudah dapat mengagak apa yang akan ditanya oleh Adam. Dia sudah sedia untuk menjawab semua pertanyaan Adam.
           Adam memperlahankan suara radio sebelum menanyakan soalan kepada Nia.
           “Kenapa Nia senyap je lepas Adam balik dari Perlis. Nia tak hubungi Adam pun. Bila Adam call ke mesej Nia langsung tak layan”Nia tersenyum lagi.
           “Janganlah senyum macam tu. Comel je Adam tengok. Geram tau tak. Jawablah cepat soalan Adam ni ”dengan selamba sahaja Adam memuji Nia. Kenapalah sebelum ni dia tidak nampak kebaikan Nia dan kecantikan semula jadi Nia.
           “Yelah. Nia saja je nak tengok reaksi Adam macam mana. Adam sanggup bersabar ke tak. Sebab tu Nia buat tak tahu je dengan Adam.”selamba sahaja Nia berkata.
           “Tu je sebabnya. Sampainya hati. Dahlah nak balik sini tak bagi tahu Adam. Semua orang tahu tapi Adam seorang sahaja yang tak tahu. Kalau tak boleh Adam ambil Nia.”suara Adam berjauh hati.
           “Sorrylah Adam. Tapi mesej Adam semua Nia baca tau. Dan sekarang Nia nak jawab soalan Adam yang paling penting.”ujar Nia.
            Nia melihat Adam yang masih terpinga-pinga memandang ke arahnya. Tidak faham apa yang Nia cuba katakan.
           “Adam pernah hantar mesej pada Nia. Dalam mesej tu Adam kata Adam rindukan Nia. Sayangkan Nia dan cintakan Nia kan. Betul tak”tanya Nia.
           “Betul dan Adam serius dengan apa yang Adam katakan. Kalau betul Nia masih sayang dan cintakan Adam, Adam nak Nia jadi kekasih Adam sebelum kita bertunang dan berkahwin”ujar Adam.
           Nia tersipu malu mendengar apa yang dikatakan oleh Adam. Dia juga masih mencintai Adam malah perasaan itu makin hari makin bertambah. Nia mengangguk sebagai jawapan kepada persoalan Adam.
           “Ya Allah. Betul ni Nia.”soal Adam tidak percaya.
           “Betullah. Dan Nia pun serius”Nia tersenyum manis.
            “Terima kasih Nia. Jadi Nia dah maafkan perbuatan Adam pada Nia dulu.”
            “Nia dah lama maafkan Adam. Dan Nia harap Adam tak kecewakan Nia lagi. Kalau tak memang Nia lari terus dari Adam. Biar Adam tak jumpa Nia dah”
             “Adam janji dengan Nia. Lepas balik ni kita bagitahu semua orang ye”
            Nia mengangguk. Bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Adam. Adam memberhentikan kereta di pusat membeli belah di Ampang Point. Sesuai dengan selera Nia yang tidak sukakan tempat yang terlalu ramai orang. Mereka juga pernah datang ke situ bersama dengan Tasha.
           “Adam, Nia nak makan aiskrim lah. Tiba-tiba terasa nak makan”pinta Nia setelah mereka melepasi kedai B&R.
           “Boleh je. Jom Adam belanja Nia okay”
           Adam mengambil perisa coklat manakala Nia pula mengambil perisa mint. Mereka duduk di kerusi yang telah disediakan di situ sambil menikmati aiskrim kepunyaan masing-masing.
            “Apa comot-comot ni Nia”kata Adam sambil mengelap bibir Nia selamba. Nia tersentak.
            “Saja je. Memang nak suruh Adam lapkan”usik Nia. Dia tersengih.
            “Yeke. Meh sini Adam tengok. Banyaknya comot”Adam melayan kerenah Nia yang turut mengusiknya. Nia tergelak.
            “Ish Adam ni. Malu lah orang tengok.Mana ada comot. Nia main-main je”
            “Comel lah Nia ni”ujar Adam membuatkan Nia tersipu malu.
           “Adam nak rasa aiskrim Nia tak”tanya Nia.
            Adam membuka mulut sebagai tanda menuruh Nia menyuapkannya. Dengan senang hati Nia menyuapkan aiskrim mint ke dalam mulut Adam.
             Adam dan Nia meneruskan aktiviti mereka yang ingin membeli-belah selepas menghabiskan aiskrim. Dari satu kedai ke satu kedai Adam membawa Nia.

……………………………………………………………………

          Nia kembali menetap di rumah lamanya. Selepas sebulan menjadi teman wanita Adam, Puan Sri Bahiyah dan Tan Sri Zakri ingin Nia dan Adam bertunang terlebih dahulu. Mereka berdua hanya menurut apa yang dikatakan oleh mama dan papa mereka. Bila hati dah suka masing-masing bersetuju bila Puan Sri Bahiyah mencadangkan agar mereka di satukan sebulan akan datang.
          Adam memberhentikan kereta di depan rumah NIia. Hari ni mereka berdua bersama dengan Aina akan pergi membeli barang untuk persiapan perkahwinan mereka.
          “Abang tunggu sini. Biar Aina yang masuk eh. Nak pergi toilet kejap”
          “Jangan lama-lama”kata Adam.
          “Assalamualaikum akak..Aina ni. Cepatlah buka pintu. Aina tak tahan ni nak pergi toilet”ujar Aina tergesa-gesa.
          “Waalaikumussalam. Ya Allah Aina ni. Boleh pula macam tu”Nia tergelak dengan tingkah Aina. Nia dapat melihat Adam yang sedang menunggu di dalam kereta. Dia membalas senyuman Adam.
          “Akak..nak air. Tolong buatkan eh”jerit Aina ketika berada di dalam toilet. Nia tergeleng-geleng kepala dengan telatah Aina.
           “Thank you akak. Ni yang Aina sayang lebih ni.”kata Aina selepas keluar dari toilet. Dia mengambil tempat duduk di ruang tamu. Tidak sedar ada seseorang yang menanti mereka di luar rumah.

………………………………………………………………………

           Adam sudah tidak betah duduk di dalam kereta. Nak masuk rumah Nia tak manis pula orang tengok. Telefon bimbit dicapai sebelum menghubungi kekasih hati yang berada di dalam rumah.
           “Hello”panggilan bersambut.
           “Sayanggg..lama lagi ke. Penat dah Adam tunggu kat luar ni”
            “Ya Allah..sorry sangat-sangat. Nia tengah borak-borak dengan Aina ni. Okay kita orang keluar sekarang”ujar Nia. Boleh pula terlupa Adam berada diluar rumah.
             Aina mengambil tempat duduk di belakang terlebih dahulu. Setelah memastikan pintu rumah sudah berkunci Nia masuk ke dalam kereta bersebelah dengan Adam.
             “Aina kata nak pergi toilet..tapi apa yang lama sangat kat dalam tu”
          “Relakslah bang. Kita orang borak kejap je. Lupa pula abang ada kat luar. Kan Kak Nia”
           “Aahlah Adam. Spoil lah Adam ni kita orang nak berborak. Best tau borak kat dalam tadi. Bergosip dengan Aina.” Usik Nia. Aina sudah tergelak.
            “Gossip pasal apa je Nia dengan Aina”tanya Adam. Dia memulakan pemanduannya.
            “Gossip pasal lelaki handsome”jawab Aina.
            “Betul betul betul”serentak itu mereka berdua ketawa. Tambah lagi dengan muka masam Adam. Cemburu lah tu.
             “Amboi sayang tak ingat tunang kat sebelah ke. Boleh pulak gossip pasal lelaki”
             ‘Bersayang-sayang lah pulak’ Aina malas nak dengar apa yang Adam katakan. Aplikasi game di telefon bimbitnya di buka.
              “Sorry. Mestilah Nia ingat orang kesayangan Nia. Cuba senyum sikit. Tak kandsomelah muka masam macam ni”Nia tersenyum sambil memujuk Adam.
               Adam tesenyum apabila Nia memujuknya. ‘Tak sabarnya nak kahwin dengan Nia. Kalau boleh hari-hari dia nak merajuk. Biar Nia pujuknya’
               “Dah-dah lah tu senyum. Menyampah pulak Aina tengok.
               “Eleh..Aina jealous lah tu”
               “Aina nak jealous..sorry sikit eh.Setakat abang nak jealous buat apa”bantah Aina. Dia tidak pedulikan senyuman mengusik Adam.

………………………………………………………………………
       
             “Lain kali jalan tu hati-hatilah sikit. Ni tak main terjah je nak lalu mana”marah Aina apabila badannya dilanggar dari arah belakang. Sudahlah air yang dipegang perempuan tu tertumpah dibajunya
               “You tu yang sibuk berdiri depan ni buat apa”perempuan rambut blonde di hadapannya dipandang tajam. ‘Kecik besar kecik besar je aku tengok perempuan ni.
                “Eh dah salah tu lagi banyak mulut pulak. Bukan tahu nak mintak maaf”
                 “You siapa I nak mintak maaf dekat you. Anak Tan Sri? Anak Dato? Ada I peduli”
                 “Aina kenapa ni”tegur Nia yang baru perasankan Aina yang sedang bertegang urat di luar kedai. Adam juga mengikuti langkah tunangnya ke arah adiknya.
                 “Ni hah perempuan bajet minah saleh ni. Dah langgar orang boleh pulak bising-bising. Bukan tahu nak mintak maaf. Hishhhh menyampahlah aku dengan perempuan ni”Aina sudah naik angin.
                  “Erin..what’s wrong”semua mata tertumpu pada suara seorang perempuan yang baru datang ke arah mereka.
                   Nia sudah tidak betah apabila Adam masih melihat kepada bekas kekasihnya.
                  “Huh..ada lagi seorang yang menyemak kat sini. Ada lagi rupanya. Ingatkan dah lama….”
                  “Aina stop it”tegas Adam.
                  “Why..tadi abang senyap je. Sekarang perempuan ni muncul baru abang nak bersuara.”bidas Aina. Tak suka…tak suka..
                  “Hai Adam”Rasya tersenyum melihat Adam. Makin segak dan makin handsome.
                  “Sudahlah meluat tengok perempuan dua ni. And one more thing tunang kat sebelah pun ada hati lagi ke nak kat mangkuk ni. Jom kak..kita blah dari sini.” Aina menarik tangan Nia beredar dari situ.
                     “Tepilah..aku nak lalu”kasar Aina berkata kepada Erin. Adam pula terkedu. Melihatkan wajah keruh milik Nia membuatkan dia tidak senang hati. Langkah Aina dan Nia pantas diikuti.

……………………………………………………………….


          

               
       
        
             
         


      


Wednesday 10 June 2015

CERPEN SERIES : BUKAN CINTA MAKEOVER (1)


SATU

Nia Dahlia memandang wajah keruh milik Adam Haikal di hadapannya. Makanan yang sudah sampai tidak sedikit pun dijamah. Matanya terus memerhati Adam yang masih menundukkan kepalanya. Nia tidak betah dengan situasi begitu. Hilang terus selera makannya.
“Adam..kenapa tak makan makanan tu. Tadi cakap lapar”soal Nia.
“Adam ada masalah ke? Dari tadi Nia tengok Adam macam resah semacam. Kenapa ni”soal Nia lagi.
“Tak ada apa-apalah. Adam okay je. Nia makanlah.”balas Adam.
“No..Nia tahu Adam tak okay. Adam tak pandai nak tipu Nia. Mesti ada benda yang Adam sedang fikirkan. Bagi tahulah Nia kalau Adam ada masalah.”ujar Nia.
Dia terkenangkan zaman kanak-kanak mereka. Dia dan Adam berkawan dari sekolah rendah. Dia suka berkawan dengan Adam kerana Adam menerimanya seadanya. Nia bukanlah dari keluarga yang senang. Ibunya suri rumah manakala ayahnya cuma bekerja sebagai pegawai keselamatan. Berbeza dengan keluarga Adam. Ayah Adam mempunyai sebuah syarikat dan kini diuruskan oleh Adam.
Memang dia berkawan dengan Adam dari kecil. Adam sememangnya dari dulu seorang yang tidak pandai bergaya. Skema. Itulah panggilan dari rakan-rakannya yang kepada Adam. Tetapi Adam tidak tahu perasaan Nia terhadapnya. Nia mengaku dia sukakan Adam malah dia cintakan Adam bukan kerana Adam seorang yang kaya tetapi kerana keperibadian Adam yang sangat dia tertarik. Adam sangat baik terhadapnya meskipun dia tahu Adam tidak mungkin sukakannya.
“Nia..Nia..”Adam menggerakkan tangannya di hadapan muka Nia.
“Lahh..termenung pula”ujar Adam.
Nia tersenyum. Terkantoi dia sedang termenung.
“Adam nak mintak tolong Nia boleh tak”
“Kalau Nia boleh bantu insyaAllah Nia akan bantu. Adam nak Nia bantu apa”
“Ermm..sebenarnya..Adam nak Nia tolong Adam tukar penampilan diri”jawab Adam teragak-agak.
“Kenapa Adam nak tukar penampilan Adam. Nia suka je kawan dengan Adam kalau Adam tak tukar penampilan diri. Dari dulu pun macam ni kan”
“Bukan sebab Nia Adam nak berubah. Sebenarnya hampir dua bulan Adam berkawan dengan pekerja di syarikat Adam. Adam sukakan dia tapi Adam tak ada keyakinan untuk bagi tahu kepada dia. Adam sedar diri Adam macam mana. Adam tak pandai bergaya. Adam nak  dia jadi kekasih Adam tapi Adam takut dia tolak sebab Adam macam ni”Adam berterus terang.
Nia terkejut. Tidak sangka hati Adam telah dimiliki oleh orang lain. Nia tersenyum pahit. Dia sudah kalah sebelum bertanding nampaknya.
“Ohhh..siapa nama perempuan tu Adam”tanya Nia.
“Rasya Adriana”
“Sedapnya nama dia. Mesti cantikkan. Adam nak Nia tolong macam. Tukar dari cara pemakaian Adam?” Nia tersenyum cuba menutup rasa kecewanya.
“Ye..Adam tak tahu kan pasal fesyen ni. Rambut ni pun kena tukar gaya rasanya”
“Tapikan Adam kalau Rasya pun sukakan Adam dia kenalah terima diri Adam seadaanya.”
“Adam tahu tapi Adam nak sediakan payung sebelum hujan.Adam tak nak Rasya tolak Adam.”
Demi Adam dia sanggup. Mungkin bukan jodohnya dengan Adam agaknya.
“Baiklah Nia akan tolong Adam”Nia memberikan senyuman ikhlas kepada Adam meskipun hatinya terasa sakit.
Adam tersenyum senang. Tidak sabar rasanya untuk berubah.

 DUA

            Nia membawa Tasha bersama ketika hendak pergi berjumpa dengan Adam. Tasha akan bantu Adam untuk mencapai hasratnya.
            Bukannya Nia tidak mahu menolong Adam memilih apa yang patut tetapi dia tidak mahu terus menyiksa hatinya . Lagipun dia pun sama je macam Adam. Lebih baik Tasha yang menolongnya.
            “Nia pun bukannya pandai sangat tentang fesyen. Tengoklah pakaian Nia ni..old fashion”
            Nia berpura-pura tersenyum.
            Tasha melihat kepada sahabatnya. Dia tahu dengan jelas tentang perasaan Nia terhadap Adam. Selain Adam kepada dialah Nia mengadu nasib sejak orang tua Nia meninggal dunia akibat kemalangan. Matanya bertembung dengan sepasang mata milik Nia.
            Tasha menggelengkan kepalanya tanda dia tidak mahu menolong Adam tetapi Nia hanya menunjukkan muka kesian dan senyuman plastik.
            Tasha memilih baju yang sesuai dengan Adam. Tidak dilihat terlebih dahulu pada harga kerana bukannya dia yang akan bayar. Adam yang bayar. Dari satu kedai ke satu kedai mereka membawa Adam. Kedai pakaian, kedai kasut, kedai perfume,kedai cermin mata. Dan yang terakhir Adam di bawa ke kedai gunting rambut. Gaya rambut diserahkan kepada pekerja yang pakar.
            “Thanks Nia, Tasha sebab tolong Adam. Adam bersyukur dapat kawan macam Nia dan Tasha”
            “Thanks but no thanks. Aku tolong kau sebab Nia yang beria sangat nak tolong kau tau.”kata Tasha. ‘Kalau tak memang taklah aku nak tolong kau meskipun kau kawan aku’
            Adam tersengih. “Thanks again Nia”

 TIGA

            Telefon bimbit Nia berbunyi. Nama Adam tertera di situ.
            “Assalamualaikum Nia”suara Adam kedengaran teruja.
            “Waalaikumussalam Adam. Kenapa call Nia ni”
            “Adam ada berita gembira nak sampaikan pada Nia ni”
            “Berita gembira apa ni Adam”
            “Adam dah rasmi jadi kekasih Rasya. I’m so happy Nia”
            Nia terdiam sebentar.
            “Ohh..tahniah Adam. Adam ada kat mana ni”tanya Nia.
            “Adam ada kat restoran kegemaran kita. Adam bawa Rasya pergi makan di situ. Date pertama kami” Adam tergelak dengan kata-katanya sendiri. Nia hanya menahan perasaannya.
            “Eh Nia..nanti kita borak lagi lah. Rasya dah balik ni. Tadi dia ke tandas sebentar”
            “Okaylah take care. Assalamualaikum”
            “Waalaikumussalam”
            “Adam ke tu”tanya Tasha.
            Nia mengangguk sebagai jawapan kepada pertanyaan Tasha.
            “Dia nak apa”
            Nia terdiam. Dia masih sedih dengan apa yang didengarnya tadi. Dia yakin hubungan dia dan Adam akan renggang. Buktinya Adam sudah membawa Rasya ke restoran kegemaran mereka. Ditelefon tadi berbual pun tidak lama.
            “Nia..aku tanya ni”soal Tasha.Apabila sedar Nia sedang termenung dia menggoyangkan lengan Nia.
            “Ohh..kau tanya  apa tadi”soal Nia dengan muka terpinga-pinga.
            “Aku tanya kau Adam call tadi kenapa.Kau ni kenapa. Ada masalah ke”
            Mendengarkan pertanyaan dari sahabatnya membuatkan Nia mengalirkan air mata. Dia tidak dapat menahan rasa sedihnya.
            “Ya Allah..Nia..kenapa ni? Cuba bagi tau aku. Janganlah menangis lagi”
            Nia memeluk Tasha. Dia mahu meminjam sedikit kekuatan Nastaha. Setelah tangisannya reda Nia mula menceritakan tentang Adam dan Rasya.
            “Dari dulu lagi aku suruh kau berterus-terang tentang perasaan kau kepada Adam. Tapi kau degil. Sekarang tengok apa dah jadi”
            “Aku bukan tak nak terus-terang tapi aku takut. Aku takut Adam tak nak kawan dengan aku lagi. Aku dah kalah Tasha. Kalah sebelum bertanding. Adam cintakan Rasya. Aku pula cuba seorang perempuan yang tak lebih dari kawannya.”
            “Kumbang bukan seekor. Aku yakin kau pasti dapat cari orang yang lagi baik dari Adam.”Tasha menepuk lembut bahu sahabatnya. Simpati dengan keadaan Nia.

 EMPAT

                Sudah sebulan berlalu. Nia melihat kepada telefon bimbitnya. Kosong. Tiada panggilan mahupun pesanan dari Adam. Sibuk sangatkah Adam sehinggakan tidak dapat menghubunginya. Sibuk dengan kerja ataupun dengan Rasya. Nia rindukan dengan Adam.
            “Nia jom teman aku keluar makan nak. Aku laparlah”ujar Tasha kepada Nia.
            Daripada melayan perasaan lebih baik dia ikut Tasha. Sekurang-kurangnya dia dapat melupakan Adam untuk seketika.         
            “Okay..tunggu aku siap kejap”
            Tasha memandang langkah Nia yang menuju ke biliknya. Rumah yang dihuni bersama Nia. Dia risau andai satu hari nanti dia akan berkahwin Nia akan tinggal berseorangan. Sudahlah tiada saudara-mara. Dan hari ni dia sebenarnya mahu memberikan dua kejutan kepada Nia.
            Lima minit kemudian Nia keluar dari bilik setelah mengenakan pakaian yang lebih menutup aurat. Blouse labuh yang dikenakan bersama seluar slack hitam dan tudung yang sama warnanya.
             Tasha membawa Nia ke sebuah restoran yang agak jauh dari rumah mereka.
            “Dekat mana kau bawa aku ni..mesti mahal nak makan kat sini. Aku tak bawak duit lebih ni” Nia melihat sekeliling restoran itu. Nampak mewah. Dia risau dia tidak mempunyai wang yang cukup untuk membayar makanan di situ.
            “Hari ni aku belanja kau..janganlah risau. Biar aku pilihkan makanan untuk kau. Aku dah selalu makan kat sini sebenarnya. So aku tahu apa yang sedap.
            Nia dan Tasha makan dengan peunh berselera.
            “Sedapnya Tasha..kalau aku orang senanglah kan hari-hari aku makan kat sini”ujar Nia sambil tergelak kecil.
            “Nak tambah apa-apa lagi tak”Tasha seronok apabila Nia suka makan di situ. Dia tidak kisah untuk membelanja Nia.
            “Cukuplah..kenyang sangat nanti aku tak boleh jalan nak balik nanti” ucap Nia setelah menghabiskan makanannya.
            Tiba-tiba kedengaran suara dari seseorang yang menyanyikan lagu ulang tahun. Lelaki yang tidak dikenali Nia itu berjalan ke arahnya dan membawa sebiji kek sambil bernyanyi.
            Nia terkejut apabila kek itu diletakkan dihadapannya. Dia melihat kepada Tasha. Tasha tersenyum. Dia yakin Nia tidak akan menjangka kejutan daripadanya.
            “Selamat Ulang Tahun Nia. Semoga dimurahkan rezeki”
            Lelaki tersenyum manis kepada Nia sebelum dia duduk disebelah Tasha.
            “Kejap-kejap..Tasha ni siapa”
            “Hari ni aku bawa kau makan sebab nak bagi kejutan. Yang pertama sebab nak raikan ulang tahun kau dan yang kedua aku nak bagi tahu aku akan berkahwin tak lama lagi. Dengan dia ni..Firaz”
            “Ya Allah..tahniah Tasha, Firaz. Nampaknya aku tinggal seoranglah selepas ni”sayu suara Nia.
            Tasha terdiam. Firaz hanya memerhati.
            “Tapi takpe kau boleh selalu datang jenguk aku kan.Okaylah sekarang kita makan kek nilah. Aku tengok macam sedap”ujar Nia bagi menceriakan suasana.
            Nia cuba menutup perasaan sedihnya. Dia dah jarang berhubung dengan Adam dan sekarang Tasha pula akan berkahwin. Dia sudah hilang Adam dan dia juga bakal hilang tempat mengadu selepas Adam sibuk dan tiada masa untuknya.
            Tasha pasti senyuman dan gelak ketawa Nia sekadar menutup perasaannya yang bercelaru. Meskipun dia sudah berkahwin nanti dia tidak akan meninggalkan Nia berseorangan. Dia akan sentiasa menjadi satu-satunya sahabat kepada Nia.

LIMA

“Sudahlah tu Tasha. Tadi kau dah belanja aku makan sekarang ni nak beli hadiah pula.”
Tasha membawa pula Nia ke Pavilion untun membelikan Nia hadiah. Dia tidak mengendahkan tolakan daripada Nia. Tangan Nia di heret untuk mencari hadiah buat sahabatnya.
“Hei..Nia..Tasha buat apa kat sini.”
Nia terkaku apabila terserempak dengan Adam di sini. Adam kelihatan segak dengan baju kemeja yang dilipat ditangannya. Adam tidak seperti Adam yang dulu. Yang ada kini Adam seorang yang pandai bergaya. Di sisinya berdiri seorang gadis yang tingginya lebih kurang Nia. Nia pasti itu Rasya.
“Buat apa? Datang nak beli baranglah.” Ujar Tasha apabila Nia mendiamkan diri.
“Aku yang bawa Nia datang sini sebab nak cari hadiah untuk dia”
“Hadiah apa pulak ni”soal Adam.
“Lahhh..kau tak tahu ke hari ni hari apa.”soal Tasha. ‘Takkan tak tahu birthday sahabat dari kecil dia.
“Hari apa..Hari istimewa apa”ujar Adam lagi.
Nia di sebelah menahan air mata yang ingin jatuh. Adam sudah lupa birthday dia. Mesti yang menjadi keutamaan Adam sekarang adalah Rasya sehingga birthday Nia sendiri dia telah lupa. Patutlah Adam tidak menghubungi bagi mengucapkan selamat buatnya.
“Birthday Nia”
Adam terkejut. Dia memandang kepada Nia yang tidak memandang kepadanya. Macam mana dia lupa birthday Nia. Dulu setiap tahun dia tidak lupa mengucapkan dan menyambut bersama Nia. Terbit perasaan serba salah dihatinya.
Tasha perasan mata Nia yang merah.
“Hah Adam ni ke Rasya tu”soal Tasha.
Adam terpinga-pinga dengan pertanyaan Tasha. Dia masih memikirkan Nia. Marahkah Nia terhadapnya.
“Err..betullah ni Rasya.”
“Ohh..cantiknya awak, Patutlah Adam busy sekarang. Sampaikan birthday kawan sendiri pun dia pulak. Sorrylah Nia ni tak bercakap sebab sakit tekak.”
Tasha memuji kecantikan Rasya dan dalam masa yang sama dia menyindir Adam. Rasya tersenyum mendengar pujikan daripada Tasha.
“Kita orang pergi dululah. Nak cari hadiah”
Tasha menarik tangan Nia beredar dari situ setelah mengucapkan selamat tinggal kepada Adam dan Rasya. Nia tidak sedikit pun melihat kepada Adam.

ENAM

“Nia..ada orang nak jumpa kat luar”
“Siapa pula nak jumpa aku ni”
“Adam” nama itu membuatkan Nia terkaku di tempat duduknya.
“Weyh..pergilah cepat dia nak jumpa kau tu”teguran Tasha mengembalikan Nia kealam realiti.
Nia mencapai tudung sebelum berjalan keluar rumah. Adam sedang bersandar di keretanya semasa Nia berjalan ke arahnya.
“Assalamualaikum Adam”
“Waalaikumussalam” Adam melihat wajah Nia yang manis bertudung.
“Adam buat apa kat sini” Nia masih terkejut melihat Adam ada di depannya. Kenapa tiba-tiba dia datang sini.
“Adam call Nia banyak kali kenapa tak angkat” Nia terdiam.
“Nia marahkan Adam ke” ujar Adam apabila Nia senyap.
“Tak adalah. Nia tak marahkan Adam pun. Nia tak angkat call sebab handphone Nia ada dalam bilik. Nia ada kat luar tengok tv.”panjang penerangan Nia.
“Adam nak bagi ni pada Nia”
Adam menyerah sebuah beg kertas kepada. Di dalamnya terdapat sebuah kotak jam. Nia terpegun melihat jam tangan tersebut. Cantik.
“Untuk apa ni”
“Adam bagi sebagai hadiah ulang tahun Nia”
“Nia tak boleh terima hadiah ni. Mahal sangat. Nia tak layak. Adam bagilah pada Rasya. Dia lagi berhak.”
“Tapi Adam beli hadiah ni untuk Nia”
“Selepas ni tolong jangan beri apa-apa pada Nia.”.
“Tetapi kenapa pulak” Adam kelihatan tidak berpuas hati dengan apa yang dikatakan oleh Nia.
“Nia rasa Nia dah tak penting lagi buat Adam. Adam dah dapat Rasya. Rasya yang menjadi keutamaan bagi Adam sekarang ni. Hadiah ni..kalau bukan kerana Tasha yang bagi tahu tentang ulang tahun Nia..Adam pasti tak akan belikan untuk Nia.
“Tolong jangan seksa hati Nia lagi. Nia rela Adam dengan Rasya kalau itu dapat membahagiakan Adam. Air mata diseka.
“Maksud Nia apa?”
            Nia tidak menjawab. Dia menyerahkan semula beg kertas itu.
            “Adam tanya maksud Nia apa tadi”soal Adam ketika Nia berpaling mahu masuk ke dalam rumah.
Lengan Nia ditarik kasar apabila Nia tidak mengendahkan pertanyaannya.
“Adam tanya ni..apa maksud Nia. Boleh tak Nia jangan rahsiakan apa-apa daripada Adam. Kita kawan dah lama perlu ke nak rahsia lagi”ujar Adam.
“Ok fine. Nia akan berterus-terang. Nia cintakan Adam. Nia sayangkan Adam..Dari dulu lagi. Tapi Nia tak sempat nak luahkan perasaan Nia pada Adam sebab Adam terlebih dahulu sukakan orang lain. Sekarang puas hati Adam bila dah dengar apa yang Nia cakapkan”marah Nia.
“Tapi kita kan kawan..macam mana Nia..”soal Adam teragak-agak. Kenapa dia tidak menyedari tentang perasaan Nia terhadapnya.
“Nia sendiri tak tahu bila Nia jatuh cinta pada Adam. Nia takut nak berterus-terang pada Adam. Nia takut Adam bencikan Nia. Tapi sekarang ni Nia sedar diri. Pipit dengan enggang mana boleh terbang bersama.”
“Adam baliklah..Nia minta maaf kalau kata-kata Nia mengganggu Adam. Tolong lupakan apa yang Nia katakan. Nia gembira kalau Adam gembira. Nia harap apa yang Nia cakapkan tadi tak membuatkan Adam jauh dari Nia walaupun hakikat sebenarnya Adam memang dah jauh dari Nia ”
“Nia..Adam nak minta maaf. Adam tak boleh terima. Tapi walau macam mana pun kita masih kawan kan. Adam janji Adam akan selalu ada untuk Nia”
Nia tersenyum sinis.
“Nope..Adam jangan janji kalau tak boleh tepati. Dalam masa sebulan ni ada Adam  hubungi Nia. Tanya khabar Nia..sihat ke tidak. Tak kan. Adam semenjak ada Rasya Adam dah berubah. Birthday Nia pun Adam boleh lupa apa lagi kalau kita dah tak berhubung nanti. Adam mungkin akan lupa terus siapa Nia.”
“Kenapa Nia tak telefon Adam.”
“Nia tak nak ganggu kegembiraan Adam dengan Rasya.”
Adam terkelu. Tidak sangka hampir dua minggu dia tidak menghubungi Nia. Nia juga tidak hubunginya disebabkan tak nak mengganggu kegembiraan dia bersama Rasya. Serba-salah dibuatnya. Nia masih memikirnya.
“Tapi satu yang Nia nak Adam tahu  Nia cintakan Adam sebab diri Adam yang dulu. Bukan Adam yang sekarang yang handsome, pandai bergaya. Nia cintakan Adam yang skema, baik walaupun  tak pandai bergaya. Dan andai kata Adam ada masalah Nia akan sentiasa ada kalau  untuk Adam.”
Adam terdiam . Pengakuan Nia membuatkan fikirannya terganggu.
“ Dah lewat ni. Adam baliklah..Nia pun nak masuk..esok kerja kan. Assalamualaikum.”
Nia melangkah masuk ke dalam rumah meninggalkan Adam yang masih berdiri dan membisu dari tadi di luar rumahnya.
Adam tidak mampu menahan Nia pergi. Dia meninggalkan perkarangan rumah Nia selepas itu.

TUJUH

“Apa yang cuba Nia nak sampaikan sebenarnya kepada Adam” soal Adam. Dia merenung tajam gadis yang duduk dihadapannya.
Dua minggu selepas kejadian di rumah Adam itu..Nia menghubunginya kerana mahu berjumpa dengan Adam. Dia mahu memberitahu sesuatu yang hanya dia dan Tasha ketahui.
“Please Adam. Dengar dulu apa yang Nia nak sampaikan”
“Okay..teruskan”Adam mengalah.
“Nia..Nia nampak Rasya dengan seorang lelaki semasa Nia keluar pergi KLCC. Dia orang mesra sangat.”ujar Nia teragak-agak.
“So..what do you mean? Apa yang Nia nak dengar daripada Adam”
Jawapan Adam membuatkan Nia terdiam membisu.
“Kenapa diam..bila Nia cakap macam ni Nia ingat Adam akan percaya cakap Nia”balas Adam.
“Adam tak percaya pada Nia”
“Adam tak percaya langsung apa yang Nia katakan. Adam dah agak dah. Disebabkan Nia cintakan Adam dan Adam tak boleh nak terima Nia, Nia cuba nak rosakkan hubungan Adam dengan Rasya kan.” Adam tersenyum sinis ke arah Nia.
“Adam lebih percaya pada kekasih Adam sendiri. Adam lebih percaya pada Rasya. Adam tak ada sedikit pun rasa curiga pada Rasya  sepanjang kami berhubungan. Rasya pernah beritahu Adam bahawa Nia dan Tasha seperti merancang untuk memisahkan kami berdua. Dan satu yang Adam nak Nia tahu kami tak akan terpisah. Kami dah berjanji untuk berkahwin.
Nia menunduk memandang jari jemarinya di bawah meja. Sunggu kecewa apabila Adam dan Rasya sudah berjanji untuk berkahwin. Tapi Rasya adakah benar dia cintakan Adam ataupun sekadar ingin memainkan perasaan Adam.
“Tapi Nia…”
“Tapi apa hah?”Adam menempik dengan suara tinggi.
Nia terkejut. Buat pertama kalinya Adam meninggikan suara kepadanya.
“Stop. Adam tak sangka begini rupanya sikap sebenar Nia. Nia cuba rosakkan hubungan kawan baik sendiri. Kalau beginilah sikap Nia..Adam tak mahu berkawan dengan Nia lagi. Sebagai seorang sahabat sepatutnya dia mendoakan kebahagiaan kawannya tapi Nia..cuba rosakkan hubungan adalah”
Nia tidap dapat tahan lagi perasaannya. Dia menangis di situ. Tuduhan Adam benar membuatkan dia kecewa dan sedih.
“Kenapa perlu menangis..nak tagih simpati daripada Adam”marah Adam lagi.
“Nia bukan cuba nak rosakkan hubungan Adam dengan Rasya. Nia cuba beritahu sahaja. Nia buat semuanya sebab tak nak Adam sedih dan sakit hati. Kenapa Adam tak percaya pada Nia”
“Ini bukan sayang namanya. Tapi ini disebabkan sikap pentingkan diri sendiri yang membuatkan Nia begini. Adam harap sangat kita tak berhubung lagi selepas ini. Kalau Nia dah berubah dari sikap Nia yang sekarang ni kita mungkin akan jumpa lagi. Lagi satu Nia tu siapa untuk Adam percaya cakap Nia”ucap Adam tanpa memandang kepada Nia. Nia terkedu. Sampainya hati Adam.
“Kalau macam tu yang Adam nak..Nia akan jauhkan diri daripada Adam. Nia tak akan hubungi Adam lagi. Nia minta maaf sangat-sangat. Terima kasih atas layanan Adam kepada Nia selama kita berkawan. Nia doakan kebahagiaan Adam dengan Rasya. Nia minta diri dulu. Assalamualaikum.”
Nia cepat-cepat bangun tanpa mendengar kata-kata dari Adam. Selangkah Nia berpaling air matanya mengalir dengan laju. Pandangan orang sekeliling tidak dipedulikan. Malam itu Nia menangis sepuas-puasnya. Adam sudah tidak mahu berjumpa dengannya.
Adam terkedu. Dia sama sekali tidak menyangka dia akan berkata begitu. Tak mungkin dia tidak berjumpa dengan Nia. Ni sahabatnya dari kecil. Menyesal pun tak guna kerana Nia sudah pergi dari situ. Dia nampak dengan jelas Nia sedang menangis. Adam keliru. Di satu sisi ada Nia sahabatnya dari kecil. Di satu sisi lagi Rasya kekasih yang dia sayangi.

LAPAN

“Bila you nak kahwin dengan dia”soal si jejaka yang sedang memeluk erat pinggang si gadis.
“You sabarlah sikit..nanti bila I dah kahwin dengan dia kita mesti jadi kaya. Nak kaya kena lah tunggu. Rasya mengusap pipi lelaki terseebut.
“Tapi I tak sukalah dia tu. Dah elok-elok skema, hodoh pergi tukar penampilan diri dia tu kenapa.”
“You cemburu ke dia dah bertukar jadi handsome”soal Rasya.
“Mestilah I cemburu. I takut you jatuh cinta pada dia pulak”
Rasya ketawa senang. Dia suka melihat Zakri cemburu apabila dia bercerita tentang Adam kepadanya. Sengaja ditamba-tambah cerita untuk membuatkan Zakri cemburu.
“Tapi kan I risau rancangan kita musnah disebabkan kawan-kawan Adam tu. Mereka pernah ternampak you dengan I”
“Habis tu nak buat macam mana. Dia orang ada bagi tahu apa-apa pada lelaki bodoh tu ke”
“I tak tahu. Tapi I dah cakap dengan Adam mereka berdua tu rancang nak pisahkan I dengan Adam. Adam percaya masa tu. Dan I harap Adam akan sentiasa percaya pada I supaya rancangan kita berjaya”
Mereka berdua saling tersenyum. Tanpa disedari perbualan mereka didengari oleh seseorang.

SEMBILAN

Nia berundur sedikit sebelum berpusing ke belakang. Tanpa disedari terdapat seorang gadis yang berdiri beberapa tapak dibelakang. Mereka berdua berlaga antar satu sama lain.
“Ya Allah, saya tak sengaja”Nia pantas mengucapkan kata maaf.
“Eh takpe”kata gadis tersebut. Dia tunduk mengutip barang yang jatuh. Nia menolong gadis tersebut.
“Terima..”Nia dan gadis itu berpandangan.
“Kak Nia…”
“Aina..”
Nia membalas senyuman Aina. Mereka berpelukan. Tidak menyangka akan bertemu di situ.
“Ya Allah..akak..lamanya Aina tak jumpa dengan akak. Kenapa akak dah lama tak datang rumah. Kita orang rindukan akak. Mama dengan papa selalu tanyakan akak pada abang Adam. Tapi abang senyap je”
Aina membawa Nia ke arah tempat duduk yang berdekatan.
Nia tersenyum kelat. Dia juga merindui keluarga Adam tetapi semenjak Adam bersama dengan Rasya masa mereka untuk bersama sangat terbatas. Dia juga sudah lama tidak menjenguk Aunty Ijah dan Uncle Zainal.
“Akak gaduh dengan abang Adam ke. Kenapa akak senyap je ni. Abang Adam pun sama bila kita orang sebut pasal akak mesti dia senyap”
“Tak adalah. Kita orang kan dah kawan dari kecil. Mesti dia bosan jumpa akak selalu. Lagipun dia kan dah ada Rasya. Sebab tu akak dah jarang jumpa dengan abang Adam.”
“Erm yelah..Aina percayalah sangat kata akak tu. Akak tu bukan pandai menipu pun.”
Ye..betul. Nia memang sukar untuk menipu. Aina memang tahu dia menipu ataupun tidak. Tapi kenapa Adam tak pernah nampak keikhlasannya malah dituduh cuba merosakkan hubungannya dengan Rasya.
“Rasya tu..bukannya Aina suka dengan dia. Lebih baik abang Adam pilih akak kan”ujar Aina berterus terang.
“Kenapa Aina tak suka dengan Rasya.”
Aina mengeluh. “Aina tak suka dengan dia. Awal-awal masa abang kenalkan pada kami semua Aina rasa okay je dengan Rasya. Tapi selepas tu dah berapa kali jugak Aina nampak Rasya dengan seorang lelaki bermesra depan orang ramai. Dan minggu lepas Aina curi dengar perbualan mereka. Rasya nak kahwin dengan abang sebab abang kaya bukannya sebab cintakan abang.”
“Aina ada bagi tahu Adam tak”
“Aina pernah tanya abang Adam betul ke Rasya cintakan dia tapi abang Adam marah. Abang Adam pertahankan kata Rasya cintakan dia. Aina dah malas nak ambil tahu. Mama dengan papa pun Aina tak bagi tau.”terang Aina.
Nia menunduk. Adam terlalu percayakan Rasya. Sedangkan Aina bertanya begitu saja Adam sudah marah apatah lagi dia memberitahu bahawa Rasya mempunyai hubungan dengan lelaki lain. Sudah pasti Adam membencikannya.
Teringat semasa dia terserempak dengan Adam di restoran kegemaran mereka. Adam menghadiahkan jelingan tajam kepadanya. Adam berpura-pura tidak mengenali Nia. Manakala Rasya tersenyum sinis.
“Akak okay? Akak ada sesuatu yang nak bagitahu Aina ke”tegur Aina.
Nia menceritakan apa yang terjadi kepadanya dan Adam. Dia juga berterus terang tentang perasaannya. Aina terkejut. Tidak sangka abangnya menjadi seorang yang bodoh kerana terlalu menyayangi Rasya. Adam ternyata sudah berubah dari Adam yang dulu. Tentang perasaan Nia dia tidak terkejut kerana dia memang sudah agak perasaan Nia terhadap abangnya.
“Akak menyesal Aina. Kalau akak tak terus-terang tentang perasaan akak dan apa yang akak nampak pasal Rasya hari tentu hubungan akak dengan Adam baik-baik saja. Dialah satu-satunya sahabat akak dari kecil sampai sekarang. Sahabat yang akak sangat cintai” Nia menangis lagi buat kesekian sekalinya. Dia tersedu-sedu di hadapan Aina.
Aina memeluk Nia sambil menyuruhnya bersabar. Dia simpati dengan keadaan Nia. Kenapalah abangnya bolehbuat begini terhadap Nia.
“Aina janji dengan akak..Aina tak akan bagitahu Adam tentang perkara ni. Walaupun selepas akak pergi”ujar Nia.
Aina terkedu. Dia menghela nafas berat. Wajah Nia yang basah dengan air mata ditatapnya.
“Akak nak pergi mana”
“Akak nak pindah. Tenangkan diri.”
“Perlu ke akak bawa diri..akak nak pergi mana. Dengan siapa akak nak pergi. Berapa lama akak nak pergi. Akak dah tak ada siapa kat dunia ni kan. Kalau terjadi apa-apa pada akak macam mana”bertalu-talu soalan Aina kepada Nia.
Dia tersenyum memandang Aina. Dia tahu Aina seorang adik yang sangat mengambil berat akan dirinya.
“Akak nak balik kampung Tasha. Tinggal dengan nenek Tasha kat sana. Lagipun Nek Som tinggal seorang je kat sana. Bukan jauh pun. Akak nak cari kerja kat sana.”
“Aina teman akan boleh”
“Kenapa pulak..akak pandailah jaga diri akak ni. Lagipun Aina kan kerja mana boleh cuti lama-lama”
“Alah kak..Aina tahulah akak pandai jaga diri. Tapi Aina nak ikut akak tenangkan diri jugak. Aina nak bercuti. Pasal kerja tu nanti Aina tanyalah papa. Tak lama pun Aina ikut akak. Sebulan je. Boleh lah kak. Kalau Kak Tasha tau mesti dia pun benarkan tau”rayu Aina.
Aina tahu di Perlis terdapat banyak tempat yang menarik. Di samping dia temankan Nia di sana dia mahu mengajak Nia pergi berjalan-jalan. Mungkin dengan itu Nia dapat melupakan masalahnya.
“Yelah-yelah apa pun Aina mesti minta kebenaran mama dengan papa terlebih dahulu” Nia mengingatkan Aina.
Aina teruja. Tak sabar mahu menghabiskan masanya di sana nanti bersama dengan Nia.
‘Abang Adam tu biarlah..aku tak nak ambil tahu.’

SEPULUH

“Nia..”
Tasha menegur Nia yang duduk termenung di dalam bilik.
“Hah..ada apa”
“Kau ni sudah-sudahlah tu fikirkan Adam. Adam pun tak fikirkan kau. Jangan semakkan otak dengan fikirkan pasal lelaki tu lagi”
“Aku sayangkan Adam”rintih Nia.
“Kau kena kuat Nia hadapi semua masalah ini. Keputusan kau nak pindah dari KL ni kau yang ambil kan. Kalau kau nak lupakan Adam mungkin dengan cara ini saja. Rumah ni aku akan jaga. Kalau kau rasa nak balik sini lagi aku tak kisah. Aku akan teman kau kat sini”
“Barang-barang kau ada lagi tak yang nak kemas. Biar aku tolong nanti tak sempat pulak. Esok kita nak gerak dah. Aina tahu kita nak gerak pukul berapa.”
“Dah..semangat betul dia waktu aku call dia tadi”
“Aina..Aina..dia memang kalau nak bercuti memang semangat” tergeleng-geleng kepala Tasha.
“Aku ada beli makanan kat kau. Aku letak atas meja. Jangan tak makan. Nanti aku sebat kau. Aku nak mandi dulu..”
Nia tersenyum. Tasha dengan Aina. Dua orang yang sentiasa menemaninya. Tiada lagi Adam. Tasha dan Aina berusaha untuk menggembirakannya. Dia sangat bersyukur dikurniakan sahabat seperti Tasha dan Aina seperti yang dianggap sebagai adiknya.
Esok akan bermula hidup barunya di Perlis. Pemergiannya ke sana tidak dikhabarkan kepada Adam. Rasanya tidak perlu dia memberitahu Adam kerana Adam sudah tidak mempedulikannya lagi. Dia akan rindukan Adam.

SEBELAS
                                                                                                
6 BULAN KEMUDIAN
Perbualan Nia ditelefon bersama dengan Tasha terhenti apabila Nek Som memanggilnya di luar rumah. Nia bergegas. Takut terjadi apa-apa pada nenek angkatnya.
“Ye nek..ada apa..nenek sakit ke”soal Nia. Wajah tua Nek Som dipandang kasih. Dia tidak pernah merasai kasih sayang dengan nenek sendiri. Dengan kesempatan yang ada dia sudah menganggap Nek Som sebagai neneknya sendiri.
Nek Som tersenyum kepada Nia. Cucu angkatnya begitu risau jika dia jatuh. Sudah lima bulan mereka tinggal bersama. Dia sudah kenal dengan sikap Nia.
“Nenek tak sakit. Nia buat apa di dalam. Nenek bosan sorang-sorang kat luar ni”
Nia ketawa. “Tadi Nia habis masak Nia telefon Tasha. Dah lama tak berborak dengan dia. Bila nenek panggil terus Nia keluar”.
“Nenek sudah-sudahlah tu menanam. Dari tadi nenek kat luar berpeluh-peluh dah ni jomlah masuk dalam. Nenek mandi dulu, solat lepas tu kita makan eh”tubuh kurus Nek Som dipimpim masuk ke dalam.
Mujurlah hari sabtu dan ahad dia cuti. Dapat luangkan lebih masa bersama nenek angkatnya. Sementara menunggu Nek Som, Nia mengemas ruang tamu dan menyapu halaman rumah.
“Nia, jom kita makan. Nenek dah lapar ni”ajak Nek Som.
“Banyaknya Nia masak. Siapa nak makan semua ni”
Di atas meja terdapat ayam masak lemak cili padi, telur masak kicap, ulam-ulam yang segar, tempe goring dan pudding roti.
“Kitalah nak makan. Tak habis boleh simpan untuk malam ke.”
“Puding roti ni bila pulak Nia buatnya.”
“Tadilah nek. Bukannya lama nak masak ni semua. Puding ni Nia kukus je. Sementara nak tunggu masak Nia masaklah ayam dengan telur. Ulam ni Nia petik je nek”
“Untung nenek Nia ada kat sini. Boleh makan sedap-sedap”puji Nek Som. Nia kalau berada di rumah ada sahaja yang akan dimasaknya.
“Mana ada sedap nek. Biasa je. Nenek masak lagi sedap.” Nia membalas senyuman Nek Som.

DUA BELAS

 Tasha yang baru pulang dari kerja pelik melihat Adam yang berdiri diluar pagar rumahnya. Wajah lelaki itu berserabut dan nampak lemah. Adam menyandarkan badannyake kereta sementara menunggu Tasha pulang.
“Kau buat apa datang sini. Pergi baliklah.”kata Tasha kasar. Menyesal pula dia pulang ke rumah sewanya. Disebabkan dia ingin mengambil barang yang tertinggal memang dia tidak akan pulang ke situ semenjak Nia berpindah ke Perlis.
“Aku nak jumpa Nia. Dia ada tak.”
“Kau nampak kereta dia ada tak sekarang ni..tak ada kan. Tu maknanya dia tak ada kat sini”
“Habis tu mana dia. Aku telefon dia nombor dia dah tak aktif”
“Dia dah tukar nombor. Sekarang ni dia tak balik kerja lagilah.”tipu Tasha. Yang penting Adam tak tahu dimana Nia ada.
“Kau tipu aku. Aku dah pergi cari dia kat tempat kerja dia. Kawan-kawan dia cakap Nia dah letak jawatan. Mana Nia”marah Adam. Dia tidak dapat menahan kemarahan apabila ditipu oleh Tasha.
“Yang kau datang sini nak marah-marah aku kenapa. Kau nak tahu Nia ada kat mana kau carilah sendiri. Aku tak tahu. Yang aku tahu dia dah pindah”balas Tasha dalam keadaan marah juga.
“Tasha please. Tolong bagitahu aku dia kat mana. Aku nak jumpa dia Tasha”ujar Adam lemah.
“Buat apa kau cari dia lagi. Kau juga yang tak nak jumpa dengan dia lagi. Buat apa kau cari dia lagi Adam.”
“Aku nak mintak maaf pada Nia. Aku bersalah pada dia.”
“Sudahlah. Kau baliklah Adam. Aku tak akan bagitahu kau. Aku dah janji dengan Nia. Dah malam ni. Lebik baik kau balik. Tak elok orang tengok ada lelaki datang rumah aku”tegas Tasha.
“Try to find yourself. I’m not interested to talk about this anymore. After what you did to Nia, do you think I will help you to tell where is Nia? I don’t think so. Please go home and don’t you ever come here again until Nia accept your apologizes .

TIGA BELAS

“Aina..Aina..Aina…”jerit Adam memanggil nama adiknya.
Aina yang sedang duduk di ruang tamu melihat abangnya seperti tidak tentu arah.
“Apahal ni terjerit-jerit panggil nama orang. Bising tau tak.”dia menjeling tajam ke arah Adam.
Mujurlah mama dan papa ke rumah mak long. Kalau tidak mama mesti membebel sebab dia membalas kasar panggilan abangnya.
“Aina tau kan kat mana Nia berada”tanya Adam berterus terang.
“Tak tahu”balas Aina.
“Please tell me Aina..you know where she is right”
“Why you want to find her.”
“Abang tahu abang buat salah dengan Nia. Abang nak minta maaf dengan Nia”
“Apa perasaan abang terhadap kak Nia”
“Abang sayang Nia.” Aina tersenyum sinis.
“Selepas abang dah tahu perangai sebenar Rasya baru abang cakap abang sayang kak Nia. Abang sedar tak apa yang apa buat pada kak Nia dulu. Abang tak pedulikan kak Nia lepas Rasya jadi kekasih abang. Abang percaya sangat cakap Rasya tu. Kononnya Rasya cintakan abang. Tapi sebenarnya Rasya cuma cintakan duit abang. Abang tuduh kak Nia sedangkan kak Nia cuba bagi tahu yang sebenarnya.”
“Sekarang ni Aina tau abang dah menyesal tapi untuk bagi tahu kat mana kak Nia berada Aina tak boleh.”
Langkah Aina terhenti apabila Adam menarik tangannya. Merayu Aina memberitahunya. Aina simpati dengan Adam. Berserabut, rambut yang tak terurus, muka kusam.
Aina mengeluh. “Kalau abang nak jumpa kak Nia tolong ubah penampilan abang yang dah macam orang hilang isiteri. Kak Nia ada di perlis. Tempatnya abang cari sendiri. Setakat tu sahaja Aina boleh tolong”
“Terima kasih Aina. Tu pun dah cukup” Adam tersenyum. Dia akan berusaha mencari orang yang dah mencuri hatinya.
Rasya…dia sudah memutuskan hubungannya dengan wanita tersebut. Seminggu selepas dia terserempak dengan Nia di restoran kegemaran mereka. Rasya ditangkap berdua-duaan dengan Zakri. Rasya juga telah mengaku semuanya apabila Zakri telah memberitahunya perkara sebenar ketika dia cuba menyalahkan Zakri atas kejadian yang berlaku kepada Rasya kerana dia masih mempercayai Rasya ketika itu.
Betapa bodohnya dia tidak mendengar kata Nia. Malah dia juga telah menuduh sahabatnya. Dia yakin Nia pasti marah dengannya. Dia akan berusaha supaya Nia memaafkan dirinya.

 EMPAT BELAS

Selesai solat Nia merapikan diri. Tudung disarung semula kerana dia tidak pasti tetamu yang akan hadir adalah lelaki mahupun perempuan. Kata Nek Som mereka datang ingin tinggal sementara di sini. Nia membantu Nek Som menyediakan makan malam.
“Tetamu nenek tak sampai lagi”tanya Nia.
“Belum lagi..katanya…”
Suara orang memberi salam menghentikan percakapan Nek Som.
“Eh..tak kan dah sampai. Tadi kata lagi dua puluh minit”
“Tak apalah nek. Nenek pergi sambut tetamu nenek dahulu. Biar Nia siapkan semuanya. Lagi sikit je ni”
Nia menyediakan air minuman untuk tetamu tersebut. Dia mendengar suara perempuan yang bercakap dengan Nek Som. Tidak pasti berapa cawan yang perlu di bawa. Tak cukup nanti ambil sahaja lah. Dia melangkah ke ruang tamu. Dulang yang diletakkan cawan dibawa dengan berhati-hati.
Tiba sahaja dia ruang tamu dulang ditangan terlepas dari tangan. Bunyi lantunan kaca pecah mengejutkan semua yang beradi di dalam rumah.
Nia terkejut. Adam..macam mana dia boleh datang ke sini. Kaki Nia terpaku di situ.
“Ya Allah Nia..kenapa boleh sampai jatuh ni”ujar Nek Som. Dia melangkah kepada Nia.
Nia menunduk. Tidak sanggup melihat ke hadapan. Kini semua yang berada di situ memerhatikannya.
“Ma..maaf..maafkan Nia. Nia tak sengaja”Nia tunduk mengutip cawan yang sudah pecah.
“Ouchh..”disebabkan rasa gementar dan kekok tangan Nia telah terhiris dengan serpihan kaca.
“Kak Nia okay tak ni”
“Nia pergi bangun biar nenek buat benda ni”
Adam bangun bergerak kepada Nia. Dia ingin melihat luka di jari Nia. Nia yang perasankan arah tuju Adam pantas berlari ke dapur. Adam tergamam. Aina mengikut langkah Nia ke dapur.
“Akak”Aina menyentuh bahu Nia. Kelihatan Nia yang sedang menangis.
“Akak..Aina minta maaf. Aina tak tahu abang Adam nak bawa Aina datang sini. Okay Aina mengaku Aina bagitahu abang akak ada di perlis tapi Aina tak bagitahu akak ada di sini. Abang Adam yang cari akak sendiri.
Nia membisu. Dia tidak mengendahkan apa yang dikatakan oleh Aina. Dia masih lagi terkejut. Tidak sama sekali dia berfikir bahawa Adam akan datang berjumpa dengannya pada hari ini. Nia mencuci luka di jarinya sebelum meletakkan ubat.
“Nia dah sudah..jomlah kita makan dulu”pelawa Nek Som kepada Aina dan Adam.
Aina dan Adam menuju ke meja makan. Makanan semua telah tersedia. Nia pantas mengambil tempat di hadapan Aina. Tidak sanggup rasanya mahu duduk di hadapan Adam. Aina tersenyum melihat tingkah Nia. Mereka semua makan dengan berselera.
Pada malam itu masing-masing duduk di ruang tamu sambil berborak. Adam tidak lepas memandang Nia dari tadi.  Nia tidak mengeluarkan sepatah kata semasa mereka semua berbual. Dia lebih mendiamkan diri dan mendengar apa yang dikatakan.
“Kenapa akak senyap je dari tadi”soal Aina.
Nia hanya menggelengkan kepalanya. Aina pasti Nia mendiamkan diri disebabkan abangnya. Pasti Nia berfikir bahawa Aina sengaja memberitahu keberadaan Nia.
‘Abang Adam lah punya pasal ni. Paksa aku datang sini’
“Nia..dari tadi nenek tengok Nia senyap je dari tadi. Nia ada masalah ke. Kenapa tak berborak dengan Adam ni. Diakan kawan Nia dan Tasha.”tegur Nek Som.
Nia membisu lagi. Dia hanya melemparkan senyuman kepada Nek Som. Kebisuan Nia membuatkan Ada tidak senang apa lagi Nia tidak langsung memandang kepadanya. Masih marah ke Nia kepadanya. Dia terus-menerus memandang kepada Nia. Dia rindukan gadis tu.
“Nek..Nia mengantuk. Nia masuk tidur dulu boleh tak”tanya Nia. Dia bukannya mengantuk sangat pun. Dia cuma mahu menghindarkan diri dari Adam.
Selepas mendapat keizinan dari Nek Som, Nia berlalu ke biliknya.
“Akak tidur dulu”ujar Nia kepada Aina. Adam langsung tidak ditegurnya.

LIMA BELAS

Selesai menjemur pakaian di ampaian Nia bergerak ke pangkin kayu di halaman rumah. Dia ingin mengambil udara terlebih dahulu di situ. Kedudukannya yang membelakangkan rumah membuatkan dia tidak sedar Adam melangkah kepadanya.
“Nia”sapaan dari belakang membuatkan Nia terkaku. Dia bangun ingin berdar dari situ.
“Nia please. Adam nak cakap dengan Nia.”mohon Adam.
“Nak cakap apa lagi. Semuanya dah jelas malam tu. Adam yang tak nak jumpa dengan Nia. Sekarang ni buat apa cari Nia lagi. Nia bukan siapa-siapa pada Adam. Baliklah Adam. Please go.” Tegas Nia.
“Adam nak minta maaf dengan Nia. Adam tahu Adam banyak buat salah dengan Nia. Adam betul-betul menyesal. Adam tak percaya cakap Nia.”
Nia terdiam mendengar permohonan maaf Adam.
“Tolong bagi Adam peluang memperbaiki kesalahan Adam. Adam tahu Nia masih cintakan Adam kan. Tolong bagi Adam peluang untuk terima Adam dalam hidup Nia. Adam sayangkan Nia.”
“Bagi Adam peluang untuk cintakan orang yang cintakan Adam tanpa mengira paras rupa Adam. Adam nak bersama dengan orang yang cintakan Adam”
“Mana Rasya. Adam kata dulu Adam dah berjanji dengan dia nak berkawin. Sekarang ni apa pula.”
“Adam dah lama berpisah dengan Rasya. Adam diamkan diri selepas berpisah dari Rasya. Adam fikirkan Nia. Adam tak tahu Nia dah pindah ke sini. Adam telefon Nia tapi nombor Nia dah tak aktif . Pergi tempat kerja Nia mereka kata Nia dah letak jawatan” terang Adam lagi.
“Tasha pun tak nak bagitahu Nia ada di mana. Adam paksa Aina bagitahu Nia di mana tapi dia cuma bagitahu Nia ada di Perlis. Bila Adam fikir balik Nia tiada saudara-mara di sini Adam teringat nenek Tasha. Kita pernah datang bercuti di sini dengan Tasha. Adam yakin Nia ada di sini”
“Dah cukup Adam bercakap. Tak penat cakap tanpa henti. Okaylah. Nia nak masuk dulu”
“Nia…”
Nia tidak mempedulikan apa yang dikatakan oleh Adam. Dia sengaja tidak mengendahkan panggilan Adam.
‘Ya Allah..apa lagi aku nak buat. Sudah tertutup ke pintu hati Nia kepadanya’

ENAM BELAS

“Aduhhh..perlahan-lahanlah sikit letak ubat tu..pedih tahu tak”
“Bisinglah abang ni..buatlah sendiri. Kira baik orang nak letakkan ubat. Hishh..suruh lah orang lain buatkan.”
Aina meninggalkan Adam berseorangan di ruang tamu. Dia segera keluar dari rumah untuk menolong Nek Som mengopek buah kepala. Gara-gara dia tidak berhati-hati tadi tapak tangannya luka. Namapak gaya macam teruk. Dia juga tidak tahu kenapa boleh jadi macam tu. Berangan agaknya.Balutan yang separuh siap tu dilihat. Apa nak ubat. Tangan kirinya terkial-kial hendak membalut tapak tangan sebelah tangan.
Nia memerhatikan Adam dari belakang. Dia rindukan Adam. Dia juga telah memaafkan Adam tetapi hendak berbual dengan Adam dia biasa kekok.
Adam mengalah. Dari tadi dia tidak dapat membalut tangannya. Adiknya tu bukannya nak tolong. Dia menyandar ke sofa sambil menutup mata. Mahu menghilangkan rasa penat. Tangannya yang disentuh seseorang membuatkan Adam membuka matanya. Nia sedang duduk disebelahnya sambil merawat luka ditangannya.
“Macam mana boleh jadi macam ni”soal Nia tanpa memandang wajah Adam. Adam merenung lembut wajah Nia.
Adam menceritakan apa berlaku.
“Buat kerja tu macam mana..Berangan? Buat kerja tu cuba buat betul-betul. Dari dulu sama je. Tak pernah nak betul buat kerja.”bebel Nia.
Adam tersenyum mendengar bebelan Nia. Adakah Nia sudah memaafkannya.
“Thanks”
Nia membalas senyuman Adam. Adam terpaku. Kenapa dia rasakan senyuman Nia ketika itu sangat manis. Nia sudi membalas senyumannya dan bercakap dengannya.
“Nia dah maafkan Adam”soal Adam.
“Entah..tengoklah macam mana”
Nia meninggalkan Adam terpinga-pinga. Dia mahu kenakan Adam. Biar Adam rasa pula apa yang dia rasa sebelum ini.

TUJUH BELAS

“Abang nak ikut jugak pergi sungai. Kedekut lah Aina ni tak bagi ikut.”marah Adam.
“No way. Aina nak keluar dengan kak Nia seorang sahaja. Abang tak boleh ikut”balas Aina.
Nia hanya memadang gelagat dua-beradik itu.
“Nia..Adam nak ikut boleh”
Nia berfikir sejenak sebelum berkata.
“Erm…boleh..”
“Yes..Adam boleh ikut”Adam menjelirkan lidahnya kepada Aina. Aina mencebik.
“Orang tak habis cakap lagi ni.”celah Nia.
“Boleh ikutkan?”
“Boleh..boleh blah”jawab Nia selamba.
Aina sudah mengekek ketawa. Suka melihat muka masam abangnya.  Giliran dia pula menjelirkan lidak kepada Adam. Nia ikut ketawa apabila Adam sudah merajuk dan beredar ke dalam rumah.
“Tak ada nak pujuk abanglah. Duduk kat rumah baik-baik tau.”jerit Aina.


LAPAN BELAS

“Apa ni..boleh tak jangan sibuk kat sini”marah Nia.
“Adam cuma nak tolong Nia je”
“Tak payah. Nia tak perlukan bantuan daripada Adam”Nia merampas kembali bakul yang berisi buah di tangan Adam. Dia melangkah ingin masuk ke rumah.
“Nia..janganlah macam ni. Adam rindukan Nia. Nia janganlah marah Adam lagi. Adam betul-betul minta maaf” tangan Nia di rentap perlahan.
Nia ketawa sinis. “Rindu? Nia ni siapa untuk Adam rindukan. Nia ni bukan siapa-siapalah Nia. Nia ni cuma seorang perempuan yang tak tahu malu jatuh cinta dengan sahabat sendiri. Nia ni orang yang berbeza daripada Rasya.” sinis Nia.
“Nia. Adam minta maaf dengan apa yang Adam buat pada Nia dulu. Adam betul-betul menyesal”luah Adam sesal.
“Adam ingat hati Nia tak sakit dengan apa ynag Adam katakan. Adam tuduh Nia macam-macam. Adam sendiri yang putuskan persahabatan kita.”marah Nia lagi.
“Sudahlah Adam. Adam pergilah balik. Tak perlulah Adam nak pujuk Nia lagi. Nia maafkan Adam tapi beri Nia masa untuk terima Adam semula.”
Bicara yang terluah dari bibir Nia terasa begitu pedih. Adam memandang sayu  wajah Nia.
“Adam sayangkan Nia. Adam cintakan Nia. Adam baru sedar perasaan Adam. Adam nak bersama dengan Nia susah dan senang. Nia tolonglah.”rayu Adam lagi. Air mata yang ingin mengalir ditahan.
“Andai Adam cakap begitu sebelum Nia berpindah ke sini dan andai Adam sedar awal mungkin Nia akan beri Adam peluang. Tapi buat masa sekarang Nia tak boleh beri jawapan apa-apa pun. Nia minta Adam beri Nia masa.”
“Nia perlukan masa untuk terima ini semua. Hati Nia masih terasa sakit. Tak lama tapi yang pasti Adam perlu sabar untuk tunggu jawapan dari Nia.”
“Adam boleh tunggu Nia tak?” Nia memandang lembut wajah Adam. Dia tidak mahu mengambil keputusa yang terburu-buru untuk menerima Adam. Biarlah mereka sama-sama mengambil masa untuk terima diri masing-masing.
“Adam boleh. Adam sanggup tunggu Nia. Nia ambillah masa berapa banyak pun. Tapi tolong..tolong jangan hampakan Adam” Nia tidak mengangguk dan juga tidak menggeleng. Dia cuma tersenyum pahit.
“Nia tak janji. Apapun Adam berdoalah supaya Nia dapat menerima Adam”seusai berkata-kata Nia melangkah masuk ke dalam rumah.
Nia mengesat air matanya. Dia cintakan Adam. Dia sayangkan Adam. Tapi untuk dia menerima Adam buat masa sekarang dia tidak boleh. Dia tidak ingin kecewa buat kali yang kedua. Dia tak pasti benarkah Adam betul-betul cintakan dia. Ataupun disebabkan rasa bersalahnya kepada Nia yang membuatkan dia ingin bersama Nia. Nia buntu memikirkan masalah itu.
Aina hanya memerhati dari dalam rumah. Dia tahu hati Nia masih sakit dan dia juga pasti Adam pasti sudah menyesal. Dia tidak akan masuk campur hal mereka dua. Aina cuma berharap hubungan Nia dan Adam akan kembali pulih seperti dulu.